Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar

Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar
link : Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar

Baca juga


Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar

 


TEMERLOH — “Terima kasih kerana keluar Umno sebab kita pun tidak mahu golongan musang berbulu ayam berada di dalam parti kerana ia hanya menjadi duri dalam daging.”

Itu reaksi ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas tentang tindakan pengerusi tetap Umno Gelang Patah Datuk Baharom Abdul Ghani dan timbalan ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semalam.

Katanya, tindakan tersebut tidak akan menjejaskan Umno sebaliknya akan memperkukuh lagi parti kerana golongan yang tidak setia pada perjuangan, satu demi satu telah meninggalkan parti.

“Ada orang tanya Umno tidak panik ke sebab mereka keluar parti, saya kata ‘tidak’. Malah kita ucap terima kasih, kita nak lebih ramai lagi yang tidak sukakan parti, sila keluar.

“Tetapi kita tidak akan sesekali menekan butang panik sebab satu yang keluar, 30 orang baharu yang masuk... kita hanya berbincang tentang mereka yang keluar sedangkan dalam tempoh sebulan ini,
berpuluh ribu yang mendaftar keahlian baharu untuk menyertai Umno,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Temerloh yang turut dihadiri oleh ketua Umno bahagian Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Semalam dua veteran Umno itu mengumumkan keluar parti semasa menghadiri persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sebagai anggota parti, seseorang itu harus istiqamah dan setia dengan perjuangan parti serta tidak mudah melatah apabila diuji dengan sesuatu krisis dalaman.

“Kita tidak nafikan apabila (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Tun Dr Mahathir Mohamad tubuh parti baharu, ada yang hendak mengikut mereka.

“Negara ini mengamalkan prinsip demokrasi dan kita tidak halang mereka.

“Kita beri mereka kelulusan untuk tubuh parti baharu kerana menerima realiti demokrasi, siapa hendak ikut siapa tiada paksaan,” katanya. — Bernama 



Demikianlah Artikel Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar

Sekianlah artikel Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/keluarlah-ramai-ramai-jika-tidak-suka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :