Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya?

Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya?
link : Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya?

Baca juga


Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya?

 MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

Pengalaman penulis di wilayah Rakhine yang bergolak.

Kenapa kamu beria sangat nak pertahan Rohingya? Itu antara persoalan yang dilempias kepadaku setelah mengambil sikap membela umat Islam Rohingya selepas isu ini tiba-tiba bangkit.

Secara peribadi, isu Rohingya ini sangat memberi makna yang sangat mendalam kepada diriku. Isu umat Islam Rohingya adalah permulaan aku bergiat aktif dalam arena kesukarelawan.
2012 adalah antara tahun yang tegang di wilayah Arakan. Junta tentera telah melancarkan serangan terhadap umat Islam Rohingya di wilayah tersebut menyebabkan ramai yang terkorban. Tidak kurang yang diseksa dan dirogol bahkan ada yang dibakar hidup-hidup.

Aku pada ketika itu telah diajak untuk menyertai misi ke Arakan, Myanmar untuk menghantar bantuan kepada etnik tersebut. Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke luar negara. Namun hasrat untuk memasuki wilayah bergolak itu terkandas. Kami hanya mampu sampai di Yangoon bertemu rakan pertubuhan Islam di sana untuk menyerahkan sumbangan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

Selepas misi bersebut, aku bergiat aktif bersama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya. NGO itu memfokuskan untuk memperjuangkan nasib muslim minoriti di rantau Asean termasuklah di Myanmar.

Selain membangkitkan kesedaran masyarakat, kami turut mengadakan misi kemanusiaan bagi membantu mengurangkan beban para pelarian yang melarikan diri ke negara berhampiran. Sekurang-kurangnya dua kali aku turun ke Acheh, Indonesia untuk menyampaikan sumbangan di dua buah pusat perlindungan pelarian Rohingya disana.

Beberapa bulan lalu, aku telah diberikan kesempatan dan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Rohingya. Satu anugerah dan peluang yang sangat bermakna buat diriku. Bukan senang untuk sampai ke wilayah bergolak itu. Penuh dengan kerencaman risiko.

Disamping itu, NGO ini turut membantu dari pelbagai aspek termasuklah kebajikan mahupun pendidikan khususnya untuk anak-anak Rohingya yang berada di Malaysia. Bagi kami, adalah menjadi satu tanggung jawab kepada kami untuk membantu mereka dari sudut rohani mahupun jasmani.

Oleh sebab itu, isu umat Islam Rohingya ini sangat dekat dengan hati kami yang bergiat secara langsung. Walaupun kami bukanlah paling berautoriti, namun sedikit sebanyak kami menjiwai apa yang mereka hadapi.

Isu Rohingya ini bukanlah perkata baharu, sebaliknya ia telah berlarutan sejak sekian lama.

Cumanya, ia akan menjadi perhatian umum setiap kali penguasa Myanmar melancarkan serangan terhadap saudara seakidah kita itu.

Sehari dua ini tular beberapa penulisan oleh beberapa individu yang memberi gambaran tidak baik terhadap tindakan memberi ruang kepada pelarian Rohingya ini berlindung untuk meneruskan kehidupan mereka di negara ini. Penulisan tersebut antara lain menggunakan perumpamaan "ibarat melepaskan anjing yang tersepit".

Selain itu, penulisan tersebut meragui status Islam etnik Rohingya itu disamping melabel etnik ini melampau, kurang ajar, pengotor dan sebagainya.

Bagi kami, tidak ada siapa menafikan adanya kesan negatif daripada kehadiran mereka ke negara ini.
Dari sudut taraf kerakyatan, keamanan, bebanan yang terpaksa ditanggung kerajaan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, aspek yang dilihat sangat negatif ini diambil daripada sikap beberapa kelompok sahaja, sedangkan ia bukanlah diamalkan oleh keseluruhan pelarian Rohingya yang berada di negara ini. Kaedah pukul rata untuk menjustifikasikan secara keseluruhan etnik tersebut adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Secara realiti, sikap tidak baik ini bukan hanya ada pada pelarian Rohingya, sebaliknya berlaku pada semua kaum, namun ia bukanlah mewakili kaum secara keseluruhannya. Punca etnik Rohingya bersikap sedemikian boleh disyarahkan panjang lebar, namun aku tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut.

Apa yang ingin ditegaskan, kekurangan dan aspek negatif yang dilihat pada etnik ini bukanlah lesen untuk menghalalkan tindakan regim penguasa Myanmar menzalimi saudara kita ini. Pembantaian ke atas mereka ini wajar dibantah dan dikutuk kerana ia merupakan salah satu tanggungjawab kita.

Dari sudut Islam, Allah mensyariatkan dalam Surah At-Taubah ayat ke-6:

"Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui."

Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan agar membantu pihak yang meminta perlindungan sekali pun dari golongan musyrikin. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk memberi perlindungan kepada etnik ini daripada diseksa dan dibunuh.

Ada pun kesan negatif seperti yang digambarkan, ia boleh dikawal melalui konsep bermasyarakat yang berpaksi kepada undang-undang negara. Negara Malaysia punyai undang-undang yang tersusun, setiap tindakan mereka boleh dihadapkan ke mana-mana peraturan dan hukuman.

Walaupun akan wujud suasana tidak menyenangkan, namun tangung jawab kita menolong mereka tidak sama sekali terlepas. Yakinlah, umat Islam termasuklah etnik Rohigya yang seratus peratus Islam ini mampu dibentuk sifat dan akhlaknya. Mereka telah berjaya melalui ujian getir berbanding kita. Kerana mempertahankan akidah, mereka sanggup hadapi ranjau dan liku seperti ini.

Kami sangat mengharapkan agar kesedaran rakyat khususnya umat Islam terhadap nasib umat Islam Rohingya tidak direncatkan oleh penulisan yang tidak berpaksi kepada fakta dan realiti.

Kami mengakui akan kegusaran anda, namun tanggungjawab kita membantu mereka yang sedang diuji ini jauh lebih aula'. Ayuh, teruskan bantuan kita kepada mereka sama ada yang menjadi pelarian mahupun yang sedang dikurung di wilayah bergolak Arakan.

Cubalah menjiwai akan nasib mereka ini seperti kita berada di situasi mereka. Sudah pasti kita merasai betapa peritnya ujian yang mereka terpaksa hadapi.

"Persaudaraan Rentas Sempadan"
_________________________
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim



Demikianlah Artikel Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya?

Sekianlah artikel Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa kamu bersungguh pertahan etnik Rohingya? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/kenapa-kamu-bersungguh-pertahan-etnik.html

Subscribe to receive free email updates: