Judul : Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid
link : Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid
Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid
ANTARAPOSMANILA: Kerajaan tidak akan membenarkan parti muzik gay, White Party BKK Warm Up yang dirancang diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur pada 30 September.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, acara berkenaan tidak akan dibenarkan berlangsung kerana bertentangan dengan norma hidup masyarakat Malaysia.
Bukan itu saja, ia juga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan membawa ancaman terhadap keamanan negara.
“Saya arahkan Ketua Pengarah Imigresen tidak memberikan visa dan kebenaran kepada mereka yang terlibat dengan penganjuran parti itu untuk memasuki Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) di sini hari ini.
Mengulas lebih lanjut, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Bukit Aman telah memberi laporan kepadanya tentang perkara tersebut dan mengesahkan belum menerima sebarang permohonan untuk penganjuran parti itu.
Pesta tarian anjuran DivineBliss Malaysia itu difahamkan menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara berkenaan.
Demikianlah Artikel Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid
Sekianlah artikel Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan takkan benarkan pesta gay - Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/kerajaan-takkan-benarkan-pesta-gay-zahid.html