Judul : Laporan: Malaysia, OIC hiprokrit hanya fokus isu Rohingya
link : Laporan: Malaysia, OIC hiprokrit hanya fokus isu Rohingya
Laporan: Malaysia, OIC hiprokrit hanya fokus isu Rohingya
Modern Tokyo Times melaporkan Malaysia, OIC dan media hanya memfokuskan pembunuhan Rohingya di Myanmar, tetapi mengabaikan pembunuhan sesama umat Islam di Yaman dan negara lain.
KUALA LUMPUR: Malaysia memanipulasi bahasa dan hipokrit dalam mengutuk pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar, menurut laporan Modern Tokyo Times.
E-jurnal itu juga mengkritik kepura-puraan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan media yang hanya menumpukan pembunuhan umat Islam di Myanmar, tetapi mengabaikan pembunuhan sesama umat Islam di beberapa negara lain.
“Media massa menggunakan bahasa manipulasi berbahaya terhadap Myanmar yang menghasut dan menyebarkan propaganda Islam Sunni.
“Begitu juga (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) dan OIC yang mengabaikan realiti di banyak negara atas pertumpahan darah sesama Islam – dan perkara sama berlaku kepada negara anti-Syiah, termasuk Malaysia dan Arab Saudi.”
Menurut laporan itu, ketika Najib prihatin dengan nasib umat Islam di Myanmar, “nampaknya beliau menafikan penganiayaan golongan Syiah di Malaysia. Begitu juga dengan sekutu Arab Saudi yang sedang memusnahkan Yaman”.
Katanya, kepura-puraan itu mungkin disebabkan negara Teluk dari Arab Saudi “memanfaatkan elit politik tertentu di Malaysia”.
Laporan itu menyatakan jumlah umat Islam Rohingya yang dibunuh di Myanmar lebih rendah daripada bilangan umat Islam yang “disembelih umat Islam lain di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Somalia, Sudan, Syria, Yaman dan beberapa negara lain.
“Oleh itu, manipulasi bahasa oleh media dan Najib – serta pihak lain – ternyata berasaskan penafian terhadap realiti yang berlaku di sesetengah negara bermajoriti Islam yang diperkatakan.
“Sudah tentu, ia patut dinyatakan Najib mungkin mengabaikan pengeboman sistematik ke atas Yaman oleh pakatan Arab Saudi.
“Lagipun, Najib tidak dijangka menjadi broker jujur mengenai Syria, Yaman dan Arab Saudi. Ini berdasarkan peranan negara Teluk dengan kerajaan pimpinan Najib di Malaysia dan kepura-puraan biasa OIC.”
Laporan itu menyatakan AS$681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib sebagai “sumbangan tulen” dari Arab Saudi.
Menurut laporan itu, “Mungkin krisis di Myanmar dimanipulasi Najib berdasarkan dana peribadi yang diperolehi pemimpin Malaysia itu sekarang. Oleh itu, pemimpin sama mendiamkan diri mengenai pengeboman berterusan ke atas Yaman oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi.
“Pengeboman infrastruktur Yaman termasuk hospital, masjid, pasar dan upacara pengebumian. Dari segi jumlah kematian dan mangsa cedera, bahasa yang digunakan Najib dan kumpulan media antarabangsa ke atas Myanmar lebih sesuai dengan perbuatan Arab Saudi.”
Laporan itu menyatakan isu Myanmar adalah rumit dan mendakwa pembunuhan kejam rakyat Myanmar sejak beberapa tahun lalu di Malaysia “oleh umat Islam Rohingya atau Sunni yang disyaki, tidak mendapat perhatian media massa”.
“Tambahan, lebih ramai orang Kristian daripada pelbagai kumpulan etnik dibunuh di Myanmar sejak beberapa dekad lalu berbanding umat Islam. Oleh itu, ia adalah kepura-puraan pemimpin Malaysia, OIC dan kumpulan media antarabangsa terhadap pelbagai masalah yang melanda Myanmar.”
Laporan itu menyeru OIC memfokuskan “realiti dalaman” seperti hakikat semua tempat suci bukan Islam dilarang di Arab Saudi, Syiah “disembelih” Sunni di banyak negara, golongan minoriti Islam berdepan diskriminasi daripada kerajaan Islam Sunni di banyak negara dan pakatan diketuai Arab Saudi menyerang Yaman.
“Sama pentingnya, pelbagai negara yang dikuasai Islam Sunni menyokong kumpulan pengganas Islam Sunni menentang Syria. Oleh itu, walaupun keprihatinan sebenar berterusan di Myanmar terhadap pelbagai etnik dan politik, isu jumlah kematian menjadi tidak penting jika dibandingkan pertumpahan darah dalaman sesama Islam di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Somalia, Sudan, Syria, Yaman dan negara lain.
Demikianlah Artikel Laporan: Malaysia, OIC hiprokrit hanya fokus isu Rohingya
Sekianlah artikel Laporan: Malaysia, OIC hiprokrit hanya fokus isu Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Laporan: Malaysia, OIC hiprokrit hanya fokus isu Rohingya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/laporan-malaysia-oic-hiprokrit-hanya.html