Judul : Lawatan YAB PM Ke AS: Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat
link : Lawatan YAB PM Ke AS: Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat
Lawatan YAB PM Ke AS: Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat
Fuad ShahdanLawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini ternyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pembangkang. Lawatan berkenaan diadakan selepas YAB Perdana Menteri mendapat jemputan rasmi daripada Presiden Donald Trump sendiri selain daripada meraikan ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara. Lawatan berkenaan dilihat berjaya membuktikan keupayaan Malaysia untuk terus mengukuhkan hubungan dengan negara-negara kuasa besar dunia.
Malah beberapa sumbangan besar Malaysia termasuk dari sudut keselamatan seperti usaha berterusan melawan kumpulan pengganas juga diiktiraf Malaysia. Malah AS melihat Malaysia sebagai rakan yang berpotensi dari sudut ekonomi dan pelaburan jangka panjang. Jelas sekali lawatan YAB Perdana Menteri itu mendapat sambutan baik dan amat dialu-alukan oleh Trump sendiri. Ini dapat dibuktikan menerusi kenyataan rasmi kedua-dua pemimpin sebelum mesyuarat dua hala bermula.
Namun begitu, masih ada dalam kalangan kita yang cuba memandang serong lawatan ini dan cuba untuk memesongkan pandangan rakyat daripada menerima fakta sebenar. Salah seorang individu yang lantang mengkritik lawatan YAB Perdana Menteri ini ialah Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini berdepan kecaman dalam kalangan anggota partinya sendiri, Rafizi Ramli. Beliau menyifatkan lawatan YAB Perdana Menteri sebagai lawatan bersifat peribadi dan bukan lawatan rasmi.
Kita masih tidak tahu apakah bukti kukuh yang ada pada Rafizi sehingga beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Berdasarkan kepada pemerhatian lanjut, kenyataan Rafizi itu jelas hanya satu andaian beliau sahaja dan tidak memiliki fakta-fakta kukuh. Malah boleh dikatakan maklumat berkaitan protokol sambutan rasmi berkenaan diperoleh Rafizi dari laman web Wikipedia sahaja.
Untuk itu, rujukan berkenaan bukanlah satu sumber yang mempunyai kredibiliti. Malah dalam penulisan akademik sekalipun rujukan dari Wikipedia ini tidak boleh dianggap sah.
Rafizi juga cuba mengelirukan rakyat dengan menganggap wang rakyat telah digunakan untuk membiayai lawatan berkenaan. Ini satu lagi kenyataan tempang daripada seorang individu yang kononnya pemimpin dan dilihat ramai penyokong pembangkang bakal menjadi seorang Menteri.
Adakah jika Rafizi menjadi Menteri nanti dan mempunyai kesempatan atau dijemput ke sesebuah negara atas sebab lawatan rasmi beliau akan mengeluarkan wang poketnya sendiri untuk ke lawatan berkenaan? Jelas kenyataan beliau hanya mahu meraih sokongan dalam kalangan rakyat tanpa memikirkan kesan percakapan itu.
Peruntukan perbelanjaan perjalanan ke luar negara merupakan sebahagian daripada peruntukan Kerajaan yang disediakan untuk semua Kementerian dan Agensi Pusat. Ini bukan satu bentuk penyelewengan, tetapi satu pemberian peruntukan yang melalui proses telus dan diaudit. Untuk itu, tidak wajar menggunakan alasan wang rakyat hanya semata-mata untuk membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap YAB Perdana Menteri.
Seseorang pembangkang itu memang diperlukan dalam sistem demokrasi sebagai kelompok yang akan mengimbangi Kerajaan yang memerintah. Pembangkang yang diperlukan di Malaysia ialah pembangkang yang berkualiti dan sentiasa berhujah menggunakan fakta benar. Namun andaian-andaian yang dibuat Rafizi terhadap lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ini begitu mengecewakan kerana tidak mempunyai asas-asas kukuh dan han berkecenderungan untuk mengelirukan rakyat sahaja.
Demikianlah Artikel Lawatan YAB PM Ke AS: Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat
Sekianlah artikel Lawatan YAB PM Ke AS: Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lawatan YAB PM Ke AS: Rafizi Cuba Kelirukan Rakyat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/lawatan-yab-pm-ke-as-rafizi-cuba_17.html