Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi

Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi
link : Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi

Baca juga


Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Hujan lebat sejak pukul 3 pagi hari ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang sekali lagi mengalami banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh, lima hari selepas negeri itu dilanda banjir teruk Jumaat lepas.
 
Banjir kilat hari ini menyebabkan lebih 50 kawasan dinaiki air, kebanyakannya di sebelah Seberang Perai antaranya Jalan Bukit Tengah; Taman Mutiara; Jalan Tembikai; Bukit Mertajam; Taman Usaha; Lorong Usahajaya; Taman Senangin; Taman Nibong Tebal; Jalan Bukit Teh; Kampung Baru Sungai Bakap; Kampung Sethu; Lorong Janggus; dan Taman Sukun.
 
Kawasan yang terjejas di bahagian pulau pula ialah Balik Pulau; Gertak Sanggul; Teluk Kumbar; Sungai Batu; Bayan Baru; Paya Terubong; Air Itam; dan Bayan Lepas.
 
Banjir kilat mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air sedalam 0.7m hingga 1.6m dan lebih 100 rumah turut dinaiki air.
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang Pang Ah Lek berkata seramai 108 mangsa membabitkan 34 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar setelah rumah mereka dinaiki air.
 
“Pihak APM sedang memantau kawasan banjir kilat bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan dapat dipindahkan segera jika rumah mereka dinaiki air. Jabatan Meteorologi meramalkan hujan berterusan dan air laut akan pasang besar yang kemuncaknya pada pukul 12 tengah hari.
 
“Setakat ini keadaan banjir terkawal dan kami akan terus memantau,” katanya dipetik agensi portal berita.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata tahap air di Sungai Pinang kini melebihi paras bahaya dengan bacaan melebihi 2.9m berikutan hujan sejak awal pagi tadi.
 
Beliau berkata keadaan air laut kini menunjukkan pasang surut dan jika hujan sederhana, paras air sungai tidak akan melimpah.
 
“Kerajan negeri sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menghadapi banjir kilat kali ini,” katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi

Sekianlah artikel Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air akibat banjir kilat lagi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/lebih-50-kawasan-di-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :