Judul : Lori, treler depan kilang musnah terbakar
link : Lori, treler depan kilang musnah terbakar
Lori, treler depan kilang musnah terbakar
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Tujuh lori 10 tan dan dua treler musnah dalam satu kebakaran di sebuah kilang kotak, di Jalan Bukit Kemuning, Bukit Kemuning, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran kira-kira jam 12.50 tengah malam itu.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata jentera pertama tiba pada jam 1.07 pagi dan mendapati ada beberapa lori sedang terbakar di kawasan terbuka di luar pagar kilang kotak itu.
"Ketika jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba, api sedang marak.
"Maklumat awal mendapati lori berkenaan yang berdinding kanvas serta treler penuh berisi kotak.
"Api berjaya dikawal pada jam 2.33 dan padam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi," katanya.
Alimaddia berkata, punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.
Demikianlah Artikel Lori, treler depan kilang musnah terbakar
Sekianlah artikel Lori, treler depan kilang musnah terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lori, treler depan kilang musnah terbakar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/lori-treler-depan-kilang-musnah-terbakar.html