Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah

Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah
link : Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah

Baca juga


Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah

 
Mat Sabu berkata, beliau tidak dapat memahami bagaimana pemimpin-pemimpin agama yang mempunyai pengaruh di kalangan rakyat tidak mahu bertindak menghapuskan rasuah.


mat-sabu-bribe2

KUALA LUMPUR: Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini membidas pemimpin-pemimpin agama yang mempertahankan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi tidak sanggup untuk berusaha membanteras rasuah di Malaysia.

Tanpa menamakan sesiapa, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak dapat memahami bagaimana individu-individu seperti itu yang mempunyai pengaruh di kalangan rakyat tidak bertindak untuk menghapuskan rasuah yang menjejaskan negara.

Katanya, mereka telah dikuasai “fahaman celaka” di mana mereka tidak perlu menangani isu rasuah.
“Dalam Islam, isu rasuah dan penyelewengan tidak dapat diterima,” kata beliau.

“Kenapa DAP membawa perjuangan menentang rasuah yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam (juga)?

“Kami telah diajar, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan pergi ke neraka,” katanya.

“Adalah menjadi tugas kita untuk mendidik rakyat tentang usaha memerangi rasuah dan penyelewengan. BN mesti digulingkan!,” kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Amanah Selangor di sini hari ini.

Mat Sabu juga berkata terdapat orang yang cuba membentangkan perbuatan rasuah dari sudut positif dengan menggunakan istilah seperti “habuan”, yang dalam bahasa Melayu merujuk kepada hadiah yang mulia untuk dikongsi.

Bekas pemimpin PAS ini juga memberi amaran jika Pakatan Harapan (PH) melakukan kesalahan sama seperti BN jika ia mengambil alih kerajaan persekutuan, ia juga boleh digulingkan.

“Apabila PH mengambil alih Putrajaya, ia perlu membetulkan keadaan,” kata beliau.

“Gabungan ini perlu memastikan institusi seperti jabatan peguam negara, badan kehakiman, ketua polis dan suruhanjaya pilihan raya mendapatkan semula kuasa mereka. Semua institusi ini mesti mempunyai integriti.”

Beliau berkata, agensi-agensi itu berada dalam keadaan yang baik selepas penjajah British meninggalkan Malaysia pada tahun 1957 tetapi mula runtuh di bawah kerajaan Malaysia yang seterusnya.

“Nampaknya, rasuah menjadi amalan biasa. Kita malu dengan ini.”

Mat Sabu juga mendakwa agensi-agensi kerajaan hari ini digunakan untuk menangani musuh-musuh politik dan bukannya mengejar cita-cita penting seperti memerangi jenayah atau berdiri untuk kebenaran.




Demikianlah Artikel Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah

Sekianlah artikel Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu hairan umat Islam tak sanggup juarai usaha lawan rasuah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/mat-sabu-hairan-umat-islam-tak-sanggup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :