M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands

M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands
link : M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands

Baca juga


M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands

 


Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas tetap mahu bertanding kerusi parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya tetap akan bertanding sama ada sebagai calon Barisan Nasional (BN) atau pun calon bebas bagi kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen myPPP Melaka Ke-17 di Rumah Media Melaka, Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan dihadiri naib presiden MyPPP Datuk Seri M. Gandhi serta pengerusi MyPPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.

Kayveas, yang juga penasihat Kementerian Pengangkutan, berkata beliau telah meminta ‘restu' daripada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum berkhidmat kepada masyarakat di Cameron Highlands kira-kira dua tahun lepas untuk memastikan kemenangan BN.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam bertegas bahawa parti itu akan bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Dalam perkembangan lain, Kayveas membidas dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan negara 'muflis' dan 'gagal' mengurus serta mentadbir negara dalam pelbagai aspek termasuk aspek pembangunan, ekonomi dan kemudahan infrastruktur kepada rakyat.

"Jika mereka kata Malaysia negara yang gagal, maka mereka juga bertanggungjawab (atas kegagalan itu) kerana mereka merupakan pemimpin negara ini suatu masa dulu,” katanya.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersatu padu untuk mewujudkan kestabilan negara.-Bernama



Demikianlah Artikel M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands

Sekianlah artikel M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel M.Kayveas mahu tanding di Cameron Highlands dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/mkayveas-mahu-tanding-di-cameron.html

Subscribe to receive free email updates: