Judul : MPK beri lampu hijau anjur festival 'F&B' Jerman secara bersyarat
link : MPK beri lampu hijau anjur festival 'F&B' Jerman secara bersyarat
MPK beri lampu hijau anjur festival 'F&B' Jerman secara bersyarat
ANTARAPOSSHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) dilapor memberikan lampu hijau kepada "Centro Mall German F&B Festival" namun melarang pihak penganjur menggunakan perkataan 'Oktoberfest', merujuk kepada pesta bir yang diadakan setiap tahun pada bulan Oktober di Munich, Jerman.
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, kebenaran itu diberikan Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin mengambilkira acara berkenaan adalah majlis persendirian dan akan diadakan di tempat peribadi.
Ia juga melaporkan, MPK turut meletakkan syarat iaitu umat Islam tidak dibenarkan menyertai pesta itu dan perkataan 'Oktoberfest' tidak digunakan.
Selain itu, penganjur majlis juga disyarat mendapatkan kelulusan polis dan permit dari pejabat tanah dan kastam sebelum meneruskan acara tersebut.
Menurut akhbar Cina itu, walaupun ahli majlis MPK dari PAS mengundi 'tidak' untuk penganjuran acara itu tetapi Mohamad Yasid dilaporkan membuat keputusan selepas mendengar pandangan daripada semua ahli majlis yang hadir.
Majlis yang dirancang itu pada 12 hingga 13 Oktober bermula jam 5 petang hingga 11 malam, telah diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya di Centro Mall.
Sebelum ini penganjuran acara seumpamanya, Better Beer Festival 2017, acara yang mempromosikan minuman keras, dibantah keras oleh sebilangan NGO Islam dan PAS.
Acara yang telah diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2011 itu tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan keselamatan.
Demikianlah Artikel MPK beri lampu hijau anjur festival 'F&B' Jerman secara bersyarat
Sekianlah artikel MPK beri lampu hijau anjur festival 'F&B' Jerman secara bersyarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MPK beri lampu hijau anjur festival 'F&B' Jerman secara bersyarat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/mpk-beri-lampu-hijau-anjur-festival-f.html