MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan

MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan
link : MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan

Baca juga


MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan





Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar (MSO) menyarankan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali meletakkan jawatan dalam politik jika beliau tiada keberanian untuk bertanggungjawab.


“Sebagai timbalan presiden beliau (Azmin) harus mengambil tanggungjawab.

“Sekiranya beliau masih dengan pendirian dan rasa kecewanya, eloklah kalau beliau melepaskan jawatan dalam parti kerana sikap begitu tidak membawa keuntungan banyak kepada parti,”kata MSO dalam Facebook.

MSO merujuk ketidakhadiran Azmin dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang telah membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan PAS dan bersedia bertanding tiga penjuru pada PRU 14.

Keputusan PH itu dibuat secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Azmin selaku Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PH dilihat tidak bersetuju dengan keputusan itu, namun beliau tidak hadir untuk mempertahankan prinsipnya.

“Kerana itu beliau (Azmin) menguzurkan diri. Tetapi selepas ini beliau tidak boleh excuse begitu kerana ia tidak mempamerkan sikap genltlemen dalam politik.

“Sebaik-baiknya amalan bersikap tasamuhlah, di mana kita boleh berbalah dan bebas mengeluarkan pendapat untuk mencari kebaikan dalam sesuatu, tetapi setelah keputusan dicapai secara majmuk ia hendaklah dipatuhi dan dihormati.

“Rasa-rasanya Azmin bukan seorang yang menegakkan benang basah,”kata MSO lagi.

Azmin juga tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang dikatakan berpecah kepada dua puak dalam soal mengadakan kerjasama semula dengan PAS.

Ketidakhadiran Azmin dan Rafizi Ramli yang mewakili dua pandangan yang saling bertentangan telah memudahkan Presiden PKR, Wan Azizah membuat kenyataan berkenaan persoalan tersebut.

“Biropolitik KEADILAN hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa KEADILAN komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada Pilihanraya Umum ke-14,”kata Wan Azizah dalam kenyataan satu perenggan.

Namun, kenyataan Wan Azizah itu dibaca MSO sebagai ‘tutup pintu tanpa berkunci’

“Kenyataan ditandatangani presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail itu tidak menyebut dan menegaskan yang parti itu tidak akan mengadakan apa-apa rundingan dengan PAS.

“Kenapa masih ada “klu klek” atau pun sihir lagi ke.

“Kenyataan ini sangat lembut dan sangat lemah sesuai dengan gender presiden ini seorang yang suka berkipas. Kenyataan begini orang nampak Keadilan masih buka jendela untuk PAS kalaupun pintunya sudah kelihatan di tutup. Atau tutup pintu tetapi tidak berkunci,”katanya lagi



Demikianlah Artikel MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan

Sekianlah artikel MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MSO : Jika Azmin Tidak Berani Bertanggungjawab, Elok Letak Jawatan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/mso-jika-azmin-tidak-berani.html

Subscribe to receive free email updates: