Judul : Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS
link : Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS
Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS
Anwar IbrahimULASAN - Saya telah meneliti kenyataan Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan.
Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.
Pimpinan PKR bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen umat dengan penuh hikmah.
Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen PKR teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan seperti mana yang dizahirkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sejak awal lagi.
Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-BN dalam PRU-14.
Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen PKR dengan Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja. Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar PKR adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat.
Pertemuan Wan Azizah dan Azmin dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga telah mengundang pelbagai reaksi.
Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturrahim sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau.
Abdul Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan PAS terhadap PKR.
Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengenepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan Umno-BN. Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.
Menyingkap pengalaman saya berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP secara berasingan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat, perlu diperjelas bahawa ia didasarkan kepada beberapa prinsip yang dipersetujui bersama.
Kerumitan dirungkai, walaupun pada peringkat awal dilakukan secara berasingan.
Saya akui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.
Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan PKR tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan.
Secara konsisten saya telah suarakan pendirian tersebut kepada pimpinan PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pimpinan berhak membuat penilaian dari semasa ke semasa.
Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan. Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama PAS dan Umno, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemaskini jentera pilihanraya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan!
Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera PKR bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka.
Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah.
Secara peribadi, memahami semangat demokrasi PKR, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas.
Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera.
Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian PKR dan muafakat Pakatan Harapan.
Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM adalah ketua umum PKR dan juga Pakatan Harapan. Beliau sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.
Demikianlah Artikel Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS
Sekianlah artikel Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pendirian Anwar mengenai hubungan PKR-PAS dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/pendirian-anwar-mengenai-hubungan-pkr.html