Judul : PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN
link : PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN
PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN
shahbudindotcom
PENJELASAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG KEDUDUKAN KES FITNAH HADI AWANG (PAS) vs CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) DI LONDON, UNITED KINGDOM !!!
1. Sebenarnya, sebelum ini, saya telah diminta untuk memberi pandangan saya berhubung kesan dan efek Perintah 02.08.2017 yang dibuat oleh MAHKAMAH TINGGI di United Kingdom itu, selepas pendengaran permohonan bertarikh 16.06.2017, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAN INSIGHT bertarikh 06.08.2017 bertajuk "Pengarang Sarawak Report diperintah bayar RM84,000 kepada Hadi", yang mana saya telah berikan pandangan saya melalui Siri : 1005 bertarikh 07.08.2017, sebelum ini.
2. Namun, pada hari Khamis, 31.08.2017, telah tertular pula satu lagi Laporan terbaru, yang diterbitkan oleh THE THIRD FORCE, seperti yang juga diterbitkan semula oleh MALAYSIATODAY pada 31.08.2017 dan bertajuk "SARAWAK REPORT GAGAL MENGEMUKAN PEMBELAAN", di mana antara lain dilaporkan :
"Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan."
3. Ramai yang telah bertanyakan saya berhubung kandungan Laporan itu, yang menyebabkan saya memberi pandangan saya melalui tulisan saya di sini, setakat dan terhad cuma melalui maklumat yang tertera pada apa yang tampak seolah-olah satu PERINTAH MAHKAMAH TINGGI di United Kingdom bertarikh 02.08.2017, yang turut sama ditampilkan dalam Laporan itu.
4. Dari segi undang-undang, menurut kandungan PERINTAH MAHKAMAH bertarikh 02.08.2017, jika Perintah itu adalah Perintah yang sah dan tidak disalahubah oleh mana-mana pihak ketiga :
(a) Pihak HADI AWANG (PAS) adalah dimestikan untuk membayar deposit kos sebanyak Pound Sterling 14,350 kepada Pejabat Dana Mahkamah (Courts Funds Office) pada atau sebelum jam 4 petang (waktu United Kingdom) pada 23.08.2017, dan
(b) Pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) pula adalah dimestikan, pada atau sebelum jam 4 petang (waktu United Kingdom) pada 23.08.2017, untuk :
(i) membayar kos berkaitan pendengaran permohonan bertarikh 16.06.2017 terdahulu sebanyak Pound Sterling 15,000 kepada pihak HADI AWANG (PAS), dan
(ii) memfailkan ke Mahkamah dan meyerahkan kepada pihak HADI AWANG (PAS) akan PENYATA PEMBELAAN dalam tindakan itu.
5. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen berhubung isu kos yang sepatutnya diselesaikan oleh kedua-dua pihak, yakni pihak HADI AWANG (PAS) dan juga pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), kerana tiada maklumat daripada Laporan itu samada deposit kos, dan kos, masing-masing, melalui PERINTAH bertarikh 02.08.2017, seperti yang dirumuskan di Perenggan 4(a) dan (b)(i) di atas, telah dibayar ataupun tidak.
6. Malahan saya percaya isu untuk perbincangan sebenar di sini adalah berkaitan pemfailan dan penyerahan PENYATA PEMBELAAN melalui PERINTAH bertarikh 02.08.2017, seperti yang dirumuskan di Perenggan 4(b)(ii) di atas, berhubung petikan-petikan di dalam kandungan Laporan THE THIRD FORCE , seperti yang juga diterbitkan semula oleh MALAYSIATODAY 31.08.2017 bertajuk "SARAWAK REPORT GAGAL MENGEMUKAN PEMBELAAN", yang mana adalah dipetik semula seperti berikut :
"Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?", dan
"Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat. Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu."
7. Untuk fahaman mudah kesemua pembaca yang prihatin, kandungan petikan-petikan Laporan Laporan THE THIRD FORCE 31.08.2017 itu, seperti yang dipetik di Perenggan 6 di atas, adalah SALAH dan TIDAK BENAR dari segi undang-undang kerana :
(a) PENYATA PEMBELAAN adalah cuma satu dokumen yang memberikan butiran fakta dan pengataan berhubung isu-isu yang akan dirujuk dan digunapakai oleh pihak Responden iaitu, pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) semasa PERBICARAAN tindakan SAMAN FITNAH oleh pihak HADI AWANG (PAS) kelak !!,
(b) PENYATA PEMBELAAN adalah dokumen undang-undang yang TIDAK MENGANDUNGI mana-mana BUKTI, kerana BUKTI tidak boleh ditampilkan melalui PENYATA PEMBELAAN !!,
(c) BUKTI seperti yang dirujuk di dalam petikan-petikan Laporan THE THIRD FORCE 31.08.2017 itu, cuma akan ditampilkan selepas arahan-arahan lanjut semasa PENGURUSAN KES oleh Mahkamah terbabit, dan itupun melalui satu lagi dokumen Mahkamah yang berlainan yang dipanggil "BUNDLE OF DOCUMENTS", yang semestinya akan diarahkan kelak !!
(d) Justeru, ianya adalah SALAH dan TIDAK BENAR untuk sesiapa membuat RUMUSAN dan KESIMPULAN bahawa kononnya pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah kononnya "gagal menampilkan bukti kenyataan beliau" yang menjadi asas tindakan saman pihak HADI AWANG (PAS), kerana UNDANG-UNDANG belum pun perlukan pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) untuk tampilkan sebarang BUKTI di tahap ini !!, dan
(e) Walhal, samada pihak CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah failkan dan serahkan PENYATA PEMBELAAN ataupun memperolehi lanjutan masa bagi tujuan pemfailan dan penyerahan PENYATA PEMBELAAN juga tidak langsung dinyatakan di dalam Laporan Laporan THE THIRD FORCE 31.08.2017 itu sama sekali !!
8. Jawaban sebenar akan siapakah yang BETUL ataupun SALAH berhubung Laporan SARAWAK REPORT berkaitan perolehan dana 90 juta oleh PAS daripada Kerajaan NAJIB RAZAK itu akan cuma diketahui di hujung perbicaraan kes ini di MAHKAMAH TINGGI di United Kingdom itu, kelak !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
(Tulisan di atas adalah pandangan peguam Haniff Khatri Abdullah yang dipetik daripada laman Facebook miliknya)
Demikianlah Artikel PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN
Sekianlah artikel PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENJELASAN PEGUAM TENTANG DAKWAAN SARAWAK REPORT GAGAL KEMUKA PENYATA PEMBELAAN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/penjelasan-peguam-tentang-dakwaan_2.html