'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?'

'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?'
link : 'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?'

Baca juga


'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?'

MALAYSIAKINI





Antara sedih, pilu dan marah, Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali kelihatan sukar menahan perasaannya apabila melihat sendiri kesan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah yang mengorbankan lebih 20 nyawa semalam.

Isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu hadir ke tapak pusat pengajian berkenaan pagi tadi dan kesal kerana ada pihak dilihat cuba melepaskan tanggungjawabnya.

"Berapa ramai anak-anak kita yang terkorban. Kasihan kepada ibu bapa, beri (pampasan) berjuta-juta pun (mereka) tidak akan dapat balik anak-anak itu.

"Apa yang saya geram, orang bertanggungjawab melepaskan diri dan kata ini takdir Tuhan, anak-anak (pelajar) mati syahid," katanya yang jelas kelihatan sebak.

Beliau berkata pihak yang beranggapan mudah seperti itu enggan mengakui kesalahan sendiri dan berselindung di sebalik takdir Tuhan.

"Kata anak-anak mati syahid, serah kepada Tuhan. Kita kata yang baik datang dari Tuhan dan yang buruk tanggungjawab kita. (Tetapi) ini perkara buruk pun serah kepada Tuhan?

"Dari segi agama (cara itu) salah, berdosa kita... Jangan malukan agama kita," katanya.

Ketika ditemui pemberita semalam, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod enggan mengulas lanjut kejadian itu dan hanya berkata kesemua pelajarnya yang terkorban sebagai mati syahid.

Namun kenyataan itu dikecam ramai pihak, antaranya bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menggesa Muhammad Zahid dipertanggungjawabkan dan ditangkap.

Ini kerana bangunan tiga tingkat yang terbakar itu didapati tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan dan hanya mempunyai satu pintu keluar masuk, menyebabkan sebahagian pelajar terperangkap dan gagal menyelamatkan diri.

Beberapa ibu bapa kepada mangsa terkorban juga berkata mereka reda dengan apa yang berlaku, namun respon itu barangkali tercetus daripada rasa terkejut dan sedih akibat kehilangan orang yang tersayang.

Siti Hasmah berharap pihak berkuasa akan menyiasat tragedi itu dengan bersungguh-sungguh, agar menjadi iktibar kepada sekolah lain.

Katanya, pihak pentadbiran sekolah harus menitikberatkan soal keselamatan, termasuk mengajar pelajar tentang latihan kebakaran dan keselamatan.

Tragedi semalam adalah kebakaran kedua terburuk sejak tiga dekad lalu, selepas kebakaran di asrama Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, juga dikenali sebagai Pondok Pak Ya, di Padang Lumat, Yan, Kedah, pada 1989 yang mengorbankan 27 pelajar.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel 'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?'

Sekianlah artikel 'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Perkara buruk pun serah pada Tuhan?' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/perkara-buruk-pun-serah-pada-tuhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :