Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off'

Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off'
link : Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off'

Baca juga


Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SERDANG: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) masing-masing menerima pemberian sekali (one-off) RM30,000 dan RM7 juta untuk manfaat sejuta ahli di seluruh negara.
 
Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang bertujuan menghargai usaha kelompok peladang, penternak dan nelayan, sekali gus memantapkan organisasi PPK dan PNK.
 
"Sebagai menghargai usaha petani, penternak dan nelayan yang saya lihat sebagai 'pejuang negara' atau juara (wira) yang tidak didendang, maka saya ingin umumkan kerajaan meluluskan peruntukan one off kepada setiap PPK dan PNK.
 
"Ini satu pengumuman yang saya percaya akan menyegarkan kita sebagai pimpinan di peringkat kawasan, ...peruntukan ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan," katanya berucap merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2017 dan Festival Makanan Malaysia (MFF) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
 
Perdana Menteri turut mengumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bertanggungjawab menerajui pembangunan industri kulinari negara daripada aspek pertanian.
 
Memetik laporan BH Online, Najib berkata, hingga kini tiada mana-mana kementerian yang memberi tumpuan secara spesifik dan khusus dalam merancang secara rapi industri yang mengintegrasi pengeluaran di peringkat ladang hingga ke pelbagai outlet makanan sedia ada seperti kafe, restoran, kendera saji, pandu lalu serta pesanan makanan secara dalam talian.
 
Najib turut mengumumkan MOA sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk menyelaras program Gedung Makanan Negara menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan mengenal pasti pihak lain yang berkeupayaan untuk menjadi Gedung Makanan Negara.
 
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Seri Saipolbahari Suib.
 
HPPNK bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita' yang berlangsung selama empat hari hingga Ahad ini adalah platform untuk menghargai dan meraikan mereka yang terbabit dalam penyediaan makanan di semua peringkat daripada pengeluaran, memproses, memasak dan menghidangkan makanan.
 
Program yang menonjolkan teknologi dan inovasi yang digunakan dalam industri makanan itu menjanjikan pelbagai tarikan termasuk jualan hasil pertanian segar, produk perikanan premium, juadah makanan popular, pameran haiwan ternakan, seni, peralatan memasak, produk agro pelancongan serta pameran kerjaya.
 
 


Demikianlah Artikel Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off'

Sekianlah artikel Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persatuan peladang dan nelayan terima dana 'one-off' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/persatuan-peladang-dan-nelayan-terima.html

Subscribe to receive free email updates: