Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat?

Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat?
link : Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat?

Baca juga


Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat?

Nuh Abqari

PAS


BIARPUN Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah membuat ketetapan untuk tidak lagi berunding atau bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak, pendirian itu walau bagaimanapun dilihat tidak ideal bagi sesetengah tokoh pembangkang.

Selain kumpulan pimpinan PKR yang diketuai Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, seorang lagi tokoh pembangkang turut melihat pertembungan seperti itu akan hanya merugikan PH.

Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menyeru PH untuk mengadakan rundingan dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU yang akan datang. Seruan itu dibuat beliau dalam satu forum “GE14: The Mother of ALL GEs” malam tadi. Ambiga berpendapat pemimpin PH perlu sedar bahawa hanya pertembungan satu lawan satu sahaja yang dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Kelebihan Buat BN

Nampaknya, di sebalik ketetapan PH untuk tidak lagi berunding dengan PAS, ketiadaan parti Islam itu dalam gabungan pembangkang nyata membuatkan beberapa kelompok resah. Ini kerana ketika PH dikatakan sudah pun berjaya menarik sokongan pengundi Cina dan India bagi menghadapi PRU kelak, mereka walau bagaimanapun masih bergelut untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan lebih meyakinkan.

Biarpun PPBM dan AMANAH masing-masing merupakan parti yang berteraskan Melayu Islam, hakikatnya jumlah keahlian dalam kedua-dua parti ini masih lagi jauh untuk dibandingkan dengan PAS. Parti Islam itu sudah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan dan telah mengharungi begitu banyak pengalaman dalam menghadapi PRU.

Ceritanya berbeza dengan PPBM dan AMANAH. Masing-masing diasaskan oleh bekas pemimpin UMNO dan PAS yang disingkirkan. Umur kedua-duanya pula masih lagi setahun jagung dalam arena politik tanahair dan belum pun mempunyai pengalaman dalam mana-mana PRU.

Justeru, sokongan terhadap mereka masih belum dapat diukur melainkan AMANAH yang dilihat telah cuba menguji sokongan pengundi terhadap mereka pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) seperti di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun tahun lalu.

Kedua-dua PRK itu yang masing-masing berlaku melalui pertembungan tiga dan empat penjuru menyaksikan BN menang dengan majoriti yang besar. Di Sungai Besar, BN menang dengan majoriti 9,191 undi manakala di Kuala Kangsar pula majoriti yang diperolehi adalah sebanyak 6,969 undi.

Walaupun keputusan kedua-dua PRK ini turut dipengaruhi undi simpati lantaran kematian kedua-dua bekas penyandang yang begitu meruntun hati dan tragik, ianya juga sedikit sebanyak memberi cerminan jelas bahawa sekiranya pertembungan tiga penjuru berulang pada PRU yang akan datang, UMNO dan BN lah yang akan menerima laba keuntungan yang paling besar di kawasan-kawasan yang mempunyai komposisi pengundi Melayu yang tinggi.

Penyokong tegar kerajaan dalam kalangan orang Melayu tentunya sudah membulatkan tekad untuk mengundi UMNO dan BN, tetapi situasinya tidak sama di kem pembangkang. Orang Melayu yang anti-kerajaan terpaksa memilih samada untuk mengundi PKR, PPBM dan AMANAH sebagai komponen PH ataupun PAS yang bertanding bersendirian.

Jika kita mengambil anologi sebuah kek, pertembungan sebegini akan menyebabkan PH dan PAS masing-masing hanya akan mendapat potongan kek yang kecil manakala UMNO pula menikmati bahagian yang lebih besar.

Maka dalam situasi ini, ianya adalah impian UMNO dan BN untuk melihat PAS tetap bersendirian menjelang PRU kelak. Persetujuan ataupun ‘kerjasama senyap’ mengenai PRU antara kedua-dua parti berteraskan Melayu Islam ini jika pun terjadi nampaknya lebih ideal dan semestinya menjadi kelebihan buat BN.

Mengajak PAS untuk berpakat dalam kerjasama politik yang rasmi bukanlah pilihan terbaik buat waktu ini memandangkan ianya bakal mengundang kebinasaan dan ketidakseimbangan yang besar dalam BN yang turut dianggotai parti komponen bukan Melayu yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

PAS Tidak Bercita-cita Menjadi Kerajaan

Seruan PAS agar PKR meninggalkan DAP dan AMANAH sebagai syarat untuk berunding dengannya juga sedikit sebanyak memperlihatkan kedegilan, jika tidak keangkuhan parti Islam itu. Permintaan itu walau bagaimanapun tentu sahaja tidak akan dipenuhi sama sekali oleh PKR atas semangat setiakawan dalam PH.

Maka atas sebab itu, pertembungan tiga penjuru UMNO-PKR/PPBM/AMANAH-PAS di kawasan-kawasan majoriti Melayu pada PRU yang akan datang nampaknya tidak lagi dapat dielakkan. Pendirian PAS untuk terus bertanding bersendirian di kawasan-kawasan ini walau bagaimanapun sedikit ganjil, tetapi menarik untuk dianalisa.

Bertanding di kawasan majoriti Melayu semata-mata tidak akan membuka sebarang jalan buat PAS membentuk kerajaan secara bersendirian. Memenangi separuh daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi juga sudah dilihat ramai penganalisis sebagai satu perkara yang mustahil buat PAS, apatah lagi di samping kehilangan undi sebahagian pengundi Melayu kepada UMNO dan PH, PAS juga diyakini sudah pun hilang hampir 100% undi bukan Melayu terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

Risiko Untuk PAS

Situasi yang mungkin terjadi adalah ketika mana PAS dilihat memberi laluan yang ‘selesa’ kepada UMNO di kawasan-kawasan ini, parti Islam itu sebenarnya berisiko untuk berputih mata di beberapa kawasan yang dilihatnya sebagai berpotensi untuk dimenangi terutamanya di banyak kawasan yang dipengaruhi sentimen agama seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sebagai pendatang baru, AMANAH masih belum berupaya menarik sokongan kuat orang Melayu dan impian mereka untuk menawan Kelantan dilihat masih lagi sebuah angan-angan. Biarpun begitu, AMANAH dipercayai akan terus menguji sokongan terhadap mereka di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti di negeri-negeri yang telah disebutkan di atas.

Kehadiran AMANAH di kawasan-kawasan ini kelak tentunya akan terus memecahkan undi PAS yang sebelum ini selesa menguasai Kelantan selama lebih 20 tahun dan sentiasa menjadi ancaman terdekat BN di Terengganu dan Kedah. Kesan langsung daripada situasi ini adalah PAS berisiko untuk kehilangan Kelantan di tangan UMNO yang sudah pun mempunyai kelompok pengundi tetapnya.

Dalam masa yang sama, PAS juga akan terus berdepan kemungkinan menghadapi kemerosoton undi yang teruk di Terengganu dan Kedah. PAS juga tentunya akan menyaksikan perkara yang serupa berlaku di negeri-negeri lain yang ditandinginya. Jika kubu kuatnya sahaja sudah berisiko untuk dirampas, impian PAS untuk menawan kawasan-kawasan lain terutamanya di Selangor dilihat masih lagi jauh dari realiti, apatah lagi apabila mengambil kira sentimen pengundi Melayu bandar yang sememangnya berbeza.

PAS Sebagai Penentu

PAS tentunya menyedari perkara ini, atau setidak-tidaknya melihat kepada kemungkinan-kemungkinan yang bakal timbul akibat daripada pertembungan tiga penjuru pada PRU kelak. Dari satu segi, ianya juga boleh memberikan kelebihan buat PAS untuk bertindak sebagai penentu dalam pembentukan beberapa kerajaan negeri terutamanya di Terengganu dan Kedah.

Jika PAS berjaya memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri sehinggakan BN mahupun PH gagal untuk membentuk majoriti mudah yang selesa, maka pada ketika itu PAS akan dilihat dan dilayan seperti anak dara sunti yang ingin dipikat. Sebabnya mudah, dalam keadaan itu, PAS mempunyai kuasa penentu untuk memilih dengan siapa ia mahu membentuk kerajaan campuran.




Demikianlah Artikel Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat?

Sekianlah artikel Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertembungan 3 Penjuru: Apa Yang PAS Dapat? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/pertembungan-3-penjuru-apa-yang-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :