Judul : PKR 'contohi' DAP dan PAS, sedia serah kerusi kepada PPBM dan Amanah
link : PKR 'contohi' DAP dan PAS, sedia serah kerusi kepada PPBM dan Amanah
PKR 'contohi' DAP dan PAS, sedia serah kerusi kepada PPBM dan Amanah
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PKR bersedia mempertimbang menyerahkan beberapa kerusinya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagaimana pernah dilakukan PAS kepada PKR suatu ketika dahulu, maka langkah yang sama juga akan dilakukan oleh PKR terhadap dua parti baru itu atas semangat Pakatan Harapan (PH).
"Proses agihan kerusi masih berjalan dan belum dimuktamadkan lagi. Prinsip saya jelas, PRU14 ini adalah masa untuk PKR mempertimbangkan beberapa kerusi kepada rakan-rakan baru, iaitu PPBM dan Amanah.
"Semasa kita bertanding pada 1999, kita tiada kerusi. Namun DAP dan PAS berbesar hati menyerahkan beberapa kerusi kepada kita. Jadi atas semangat kerjasama PH, saya kira kita akan pertimbangkan beberapa permintaan oleh Amanah dan PPBM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Malaysia Baru di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, petang tadi.
Azmin terlebih dahulu diajukan kesediaan PKR menyerahkan kerusi Langkawi kepada PPBM selepas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen itu pada PRU14.
Dr Mahathir mendedahkan kesediaan itu sekiranya terdapat permintaan daripada rakan-rakan gabungan pembangkang berkenaan.
Azmin, bagaimanapun tidak mengulas lanjut 'minat' Dr Mahathir itu namun tidak menolak pertukaran kerusi berlaku jika seseorang itu boleh memberi kemenangan kepada PH.
"Kita tegaskan bukan sahaja soal pengagihan kerusi tetapi faktor kemenangan pun penting. Jika ada seseorang tokoh yang boleh menjana sokongan di sesuatu kawasan, jadi kita boleh membenarkan seseorang itu atau parti untuk mewakili PH kerana akhirnya kita hendak menang bersama," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan berlainan, Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor memberitahu pihaknya tidak menolak inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk memerangi gejala itu.
Namun beliau sekali lagi menegaskan perlunya penambahbaikan dilaksanakan supaya gejala salah laku itu dapat dihapus secara menyeluruh.
"Saya sebut dengan jelas kita mendukung usaha SPRM untuk memperkenalkan IBR. Saya telah maklumkan secara rasmi kepada SPRM Selangor bahawa IBR itu perlu ditambahbaik dengan beberapa cadangan lain, contohnya di Pulau Pinang ada IBR Plus 10," kata Azmin.
Pun begitu Azmin mendakwa kerajaan negeri pimpinannya sudah mengerakkan langkah lebih awal berbanding SPRM yang disifatkannya lebih telus dan berintegriti.
"Kita ada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) untuk memanggil MB, exco dan pegawai kerajaan. Mereka kena menjawab kepada SELCAT tentang apa jua yang dibuat dan proses ini pelru berterusan.
"Malah saya sendiri di semua jawatankuasa tender saya tidak duduki, begitu juga saya tak mempengerusikan mesyuarat tender. Sama ada di dalam PKNS, MBI atau mana-mana anak syarikat. Kalau saya nak, saya boleh. Tetapi tidak sebab saya mahu pegawai yang bertanggungjawab dalam bidang tertentu meneliti semua proses terbuka secara terbuka," katanya lagi.
Rabu lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad memaklumkan hanya Selangor sahaja belum menandatangani IBR dan masih menunggu kesudian kerajaan negeri itu untuk berbuat demikian.
Demikianlah Artikel PKR 'contohi' DAP dan PAS, sedia serah kerusi kepada PPBM dan Amanah
Sekianlah artikel PKR 'contohi' DAP dan PAS, sedia serah kerusi kepada PPBM dan Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR 'contohi' DAP dan PAS, sedia serah kerusi kepada PPBM dan Amanah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/pkr-contohi-dap-dan-pas-sedia-serah.html