Judul : Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan
link : Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan
Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan
ZIKRI ABDULLAHMohd Zaki Mohd Nor kanan menerima kunci rumah ehsan daripada Datuk Husam Musa
Memastikan rakyat mendapat tempat tinggal yang wajar dan meningkatkan keupayaan mata pencarian mereka akan menjadi sararan segera apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Kelantan.
"Rumah sebagai asas kehidupan berkeluarga perlu diberi perhatian terpenting dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat," kata Pengerusi PH Kelantan Datuk Husam Musa dalam ucapan di majlis penyerahan kunci rumah ehsan di kampung Pak Jah Tumpat, kelmarin.
Beliau yang teruja dengan perkampungan tepi sungai di situ berkata sepatutnya kawasan berkenaan dimajukan dengan perancangan pelancongan.
"Kawasan seperti ini sama sahaja dengan pusat-pusat tarikan pelancong antarabangsa di Kemboja dan Vietnam.
"Keadaan semulajadi yang indah dengan anak-anak sungai dan tumbuhan segar di tebing seperti ini memang amat popular sekarang," katanya.
Apa yang penting katanya, pihak kerajaan membuat perancangan supaya prasarana pelancongan diwujudkan untuk membolehkan masyarakat tempatan mengambil bahagian.
"Jika aset berharga pemberian Allah ini dirancang dengan baik tentulah ia boleh menjadi sumber pendapatan kepada rakyat tempatan.
"Dengan pembangunan berasaskan aset lokal seperti inilah masyarakat setempat dapat menambatkan pendapatan dan menambahkan peluang kerja," katanya.
Husam turut bertandang ke rumah Asnaf selepas majlis penyerahan kunci
Yakin gelombang baru
Beliau yakin dengan gelombang baru yang menyeluruh di seluruh negara, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tumbang dan digantikan dengan PH dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
Demikianlah Artikel Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan
Sekianlah artikel Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rumah, tingkat ekonomi rakyat sasaran segera PH Kelantan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/rumah-tingkat-ekonomi-rakyat-sasaran.html