Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri

Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri
link : Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri

Baca juga


Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri

ASTRO AWANI

Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri
Teknologi bergerak pada tahap yang amat pantas dan tidak ada industri yang terkecuali. - Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia yang memilih untuk mengabai atau menangguhkan penggunaan teknologi dan penawarannya akan ketinggalan akhirnya, kata VMware.

Mereka juga akan kehilangan kelebihan produktiviti yang dijanjikan oleh mobiliti.

Pengurus Negara VMware Malaysia, Alex Loh berkata demikian dengan memetik "Kajian Ruang Kerja Digital VMware 2017" yang membuat kajian ke atas 2,000 profesional di Asia Tenggara mengenai tabiat Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD).

"Ia mendedahkan jurang, kelemahan dan ketidakcekapan yang mengejutkan yang perlu ditangani secepat mungkin.
"Ia juga mendedahkan yang 81 peratus pekerja di Malaysia berkata mereka menghadapi kesukaran ketka menggunakan aplikasi kerja - yang tertinggi di rantau ini.

"Jika tidak diuruskan dengan baik, isu terbabit akan terus menjejaskan kelebihan kompetitif syarikat dan menyebabkan kejatuhan produktivti dan menjejaskan matlamat perniagaan," katanya kepada Bernama.

Loh berkata, teknologi bergerak pada tahap yang amat pantas dan tidak ada industri yang terkecuali.

"Organisasi yang tidak dapat membetulkan infrastruktur mereka akan berpotensi untuk memberi laluan kepada lebih banyak inovator baharu dan lebih tangkas yang berminat untuk memanfaatkan pelbagai peluang pertumbuhan di rantau ini.

"Memberikan pengalaman jaminan perusahaan yang mudah kepada pengguna adalah langkah penting untuk bersedia menghadapi masa depan. Ia juga membolehkan budaya kemungkinan ke arah memperoleh sesuatu yang baharu dan terus menghasilkan keputusan perniagaan yang positif," katanya.

Loh berkata, VMware menyokong inisiatif transformasi digital pelanggan tempatan dengan membantu mereka memodenkan pusat data mereka serta mengintegrasikan awan awam.

Menurutnya, syarikat perisian itu juga menyokong perkembangan transformasi digital dengan teknologi berpusatkan pelanggan seperti "Workspace ONE" yang dilancarkan baru-baru ini.

"Ini adalah platform baharu untuk menghasilkan ruang kerja digital yang terjamin untuk gaya kerja yang fleksibel dan membolehkan BYOD.

"Ia juga merupakan platform digital pertama yang menyatukan identiti, pengurusan peranti dan penyampaian aplikasi pada satu platform bersepadu," tambah Loh. -- BERNAMA



Demikianlah Artikel Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri

Sekianlah artikel Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/syarikat-malaysia-abaikan-teknologi.html

Subscribe to receive free email updates: