Judul : Tak sangka punca hanya ejek mengejek - Pengetua pusat tahfiz
link : Tak sangka punca hanya ejek mengejek - Pengetua pusat tahfiz
Tak sangka punca hanya ejek mengejek - Pengetua pusat tahfiz
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod tidak menyangka kebakaran yang meragut nyawa 23 nyawa warga pusat tahfiz itu hanya berpunca daripada ejek mengejek di antara pelajar dengan suspek.
"Bagi saya perkara itu lumrah kerana kita dahulu juga pernah menempuhi zaman kanak-kanak. Saya tidak sangka boleh jadi benda besar hingga jadi begini," katanya dipetik Utusan Online.
Mohd Zahid turut menjelaskan pelajarnya juga tidak pernah memaklumkan sekiranya mereka pernah diugut pihak luar sebelum kejadian terbabit.
"Tidak ada. Mereka semua tak pernah mengadu diugut kumpulan lelaki (suspek) itu'" ujarnya.
Tambahnya, pelajar-pelajar memang dibenarkan beriadah di kawasan taman di belakang pusat tahfiz pada setiap hari Isnin dan Rabu namun sentiasa dipantau oleh warden bertugas.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
Pada sidang media malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.
Beliau berkata polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.
Enam daripada tujuh suspek juga positif dadah.
Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 September untuk siasatan lanjut.
Demikianlah Artikel Tak sangka punca hanya ejek mengejek - Pengetua pusat tahfiz
Sekianlah artikel Tak sangka punca hanya ejek mengejek - Pengetua pusat tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak sangka punca hanya ejek mengejek - Pengetua pusat tahfiz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/tak-sangka-punca-hanya-ejek-mengejek.html