Judul : Tiada kenaikan kadar cukai untuk tampung dana PTPTN - PM
link : Tiada kenaikan kadar cukai untuk tampung dana PTPTN - PM
Tiada kenaikan kadar cukai untuk tampung dana PTPTN - PM
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Menaikkan kadar cukai tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seterusnya berkata langkah itu tidak akan mengambil langkah itu sebaliknya akan terus mengkaji cara berkesan dalam usaha meningkatkan dana pendidikan di negara ini.
“Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai. Mereka hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 hari ini.
Dalam ucapannya juga, Najib menyentuh reaksi rakyat Malaysia ketika kerajaan mula-mula mahu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.
Tegasnya Malaysia berbeza dengan negara lain, terutama India yang melaksanakan cukai sehingga 28 peratus.
“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.
Beliau juga menolak dakwaan pengguna harga barangan semakin meningkat dengan pengenalan cukai berkenaan.
“Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut),” katanya, sambil disambut dengan gelak tawa dan tepukan kira-kira 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.
Demikianlah Artikel Tiada kenaikan kadar cukai untuk tampung dana PTPTN - PM
Sekianlah artikel Tiada kenaikan kadar cukai untuk tampung dana PTPTN - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada kenaikan kadar cukai untuk tampung dana PTPTN - PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/tiada-kenaikan-kadar-cukai-untuk.html