Judul : Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir
link : Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir
Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca berlakunya amalan kronisme dan politik wang berleluasa dalam Umno hingga hari ini.
Jelas Abdul Kadir, tindakan Dr Mahathir membawa beberapa individu yang enggan beliau namakan mengundang keruntuhan moral dalam Umno pada era bekas perdana menteri keempat itu.
"Penyakit ini bermula waktu Tun Mahathir, ia indah dan cantik waktu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Ismail dan juga pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir waktu dia amalkan konsep bersih, cekap dan amanah.
"Silapnya beliau (Mahathir) membawa masuk orang-orang tertentu yang saya tak nak sebut namanya yang mana orang ini bila masuk bermulalah keruntuhan dan penyakit-penyakit dalam Umno iaitu pada pertengahan 1980," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.
Abdul Kadir menambah sebelum pemerintahan Mahathir sumber kewangan Umno berasaskan kepada syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan.
"Misalnya Pemuda Umno zaman tahun 1970 kita beri amaran kepada pimpinan kita jangan kutip duit.
"Umno mesti berdikari tapi macam mana nak berdikari jadi kita menggalakkan Umno tubuh syarikat untuk berniaga dan pemegang saham adalah presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung sebagai pemegang amanah pada parti," katanya.
Umno perlu kembali ke pangkal jalan ------------
Mengulas lanjut bekas menteri Kabinet ini berkata melalui syarikat berkenaan Umno membiayai perbelanjaan parti tanpa perlu bantuan kewangan pihak luar.
"Syarikat ini berdaftar dan ini ialah sebuah syarikat untuk membiayai parti, jadi ia buat berniagalah.
"Alhamdulillah pada awalnya Umno dan Parti Perikatan juga tak perlu minta duit daripada orang, tiada siapa nak bagi duit percuma sebab kalau bagi duit itu adalah harapan untuk dapat sesuatu," katanya.
Namun menurut Abdul Kadir, era pentadbiran Mahathir telah merosakkan segala usaha pemimpin terdahulu selain mewujudkan politik wang dan kronisme dalam Umno yang diteruskan perdana menteri hari ini.
"Sebab itu beliau (Datuk Seri Najib Razak) jawab perkara itu sehingga sekarang bukan salah untuk meminta dan menerima dana politik tidak salah dari segi undang-undang.
"Sama juga zaman dulu waktu syarikat-syarikat Umno diambil alih kroni-kroni ia ambil duit juga dari UEM, Renung dan MAS yang telah diswastakan," katanya.
Justeru Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) ini menasihatkan pimpinan Umno supaya balik ke pangkal jalan seperti mana diawal penubuhan parti berkenaan.
"Jawapannya adalah balik ke pangkal jalan seperti zaman Tunku ABdul Rahman dan Tun Abdul Razak yang mana dana politik dan politik wang diharamkan," katanya.
Demikianlah Artikel Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir
Sekianlah artikel Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir bawa masuk individu bermasalah dalam Umno, dakwa Abdul Kadir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/tun-mahathir-bawa-masuk-individu.html