Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak

Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak
link : Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak

Baca juga


Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak


 Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak


Wanita Pakatan Harapan (PH) Kota Bharu mahu Presiden baru kelab bola sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ali Khan memberi fokus untuk menghapuskan perjudian dalam permainan bola sepak yang selalu menjadikan penonton rasa tertipu.

“Kita mengharapkan beliau menjadi pengurus bola sepak yang berkeupayaan membayar gaji para pemain dan tidak menggadai harapan pembeli tiket perlawanan, kepada apa-apa pertaruhan dan judi bola sepak,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan atas nama Wanita PH Kota Bharu.

Kenyataan itu ditandatangai oleh Ketua Wanita PKR Kota Bharu Mahani Abdul Moin, Ketua Srikandi Bersatu Kota Bharu Noormala Abdul Kadir, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Kota Bharu, Ariza Mohamed dan Ketua Wanita DAP Kota Bharu, Irene.

“Terpilih sebagai pemimpin bukanlah mudah, apatah lagi melepasi ujian sebagai pemimpin.

“Wanita Pakatan Harapan Kota Bharu bersama ribuan peminat bola sepak Kelantan, mengucapkan syabas buat *Bibi Ramjani Ali Khan*, yang terpilih sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan (KAFA), pertama di kalangan wanita, dan yang kedua dalam sejarah kemajuan sukan bolasepak negara,” kata kenyataan itu.

Menurutnya wanita Kelantan memang memiliki keistimewaan tersendiri dalam melahirkan tokoh dan kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Logo kijang pada KAFA, asal usulnya datang dari peristiwa perjuangan hebat sejarah Kelantan.

“Ia dikatakan binatang permainan kesayangan raja teragung dalam sejarah Kelantan, yakni Cik Siti Wan Kembang yang kemudian harinya, berabad lamanya, hingga kini, negeri Kelantan digelar negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Ratusan tahun sebelum itu, sebelum tercipta Taman Serendah Sekebun Bunga, seorang tokoh lagenda wanita Kelantan, bernama Putri Urduja telah berjaya mengalahkan Raja Sukhotai,” kata mereka.

Kijang kata mereka yang merupakan binatang pilihan Cik Siti Wan Kembang memang begitu misteri.

“Kijang itu sendiri sejenis binatang yang banyak dikaitkan dengan alam ketuhanan dan banyak terkandung dalam syair sufi.

“Apatah lagi wangian kasturi yang sering dikaitkan dengan kijang dan syurga,” katanya.

Wanita PH menurutnya amat yakin wanita mampu melonjakkan sebuah pasukan bola sepak hingga berjaya dengan cemerlang.

“Sudah terbukti contoh kemampuan seorang wanita apabila pasukan bolasepak Thailand yang dipimpin oleh pengurus wanita bernama Watanya Wongopasi boleh menjuarai perlawanan bolasepak sukan sea 2017.

“Harapan semua selepas ini, kita bakal melihat kemenangan demi kemenangan, hasil rembatan kencang ke gol lawan pasukan bola sepak Kelantan.

“Dan kesemua aksi itu, di belakangnya adalah seorang wanita, pengurus Kelab Bola Sepak Kelantan (KAFA), namanya Bibi Ramjani Ali Khan, pasukan pengurusannya dengan dokongan ribuan penyokong The Red Warrior,” kata kenyataan itu.


Demikianlah Artikel Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak

Sekianlah artikel Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita PH mahu Bibi Ramjani hapus rasuah bola sepak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/wanita-ph-mahu-bibi-ramjani-hapus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :