Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam

Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam
link : Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam

Baca juga


Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam

 
Kempen itu bagi meyakinkan orang ramai sistem pengangkutan awam London selamat untuk semua lapisan masyarakat.


Sophie-Linden-Bas-dan-tren-di-London

PETALING JAYA: Pihak berkuasa pengangkutan awam London melancarkan kempen membanteras jenayah kebencian terhadap umat Islam di semua bas dan kereta api di London.

Akhbar Evening Standard melaporkan ia dilakukan dengan kerjasama polis, mengadakan lebih 200 acara untuk meyakinkan orang ramai bahawa sistem pengangkutan awam London selamat untuk semua lapisan masyarakat.

Kempen itu dijalankan di Masjid East London, Stesen Bas Stratford dan 25 laluan sibuk dari Whitechapel ke Stratford untuk menyokong Minggu Kesedaran Jenayah Kebangsaan.

Timbalan Datuk Bandar bagi Polis dan Jenayah, Sophie Linden berkata: “Jenayah kebencian dalam apa jua bentuk tidak ada tempat di London dan Datuk Bandar dengan jelas mengarahkan polis mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap jenayah tersebut. Kita semua perlu bekerjasama untuk menangani jenayah dahsyat ini.”

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Masjid East London, Nozmul Hussain berkata mesejnya ialah penumpang tidak perlu takut untuk melaporkan insiden kebencian kepada polis.
 “Kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang berusaha memisahkan kita melalui kebencian dan ketaksuban. Kita akan sentiasa bersatu.”

Antara April dan Jun tahun ini, jenayah kebencian meningkat sebanyak 25% dengan 822 kes berbanding 655 kes tahun lepas.

Tahun lepas, sistem pengangkutan awam London bekerjasama dengan polis bandar raya itu dalam “Operasi Perjalanan Selamat Untuk Semua” dan kempen #WeStandTogether untuk menggalakkan mangsa jenayah kebencian membuat laporan supaya tindakan boleh diambil terhadap pesalah.

Sebelum ini, dilaporkan beberapa siri serangan berlaku di London, antaranya 3 penyerang memandu sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menikam orang ramai di Borough Market pada Jun.

Mei lalu, sebuah letupan bom di konsert bintang remaja Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester meragut “puluhan nyawa”.

Kedua-dua insiden itu dikaitkan dengan penganut Islam dan dilihat sebagai faktor keganasan terhadap umat Islam lain.



Demikianlah Artikel Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam

Sekianlah artikel Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bas dan tren di London berusaha hapuskan jenayah anti-Islam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/bas-dan-tren-di-london-berusaha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :