Judul : ‘Benih edan tumbuh jadi pohon hijau yang rimbun’
link : ‘Benih edan tumbuh jadi pohon hijau yang rimbun’
‘Benih edan tumbuh jadi pohon hijau yang rimbun’
Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Hanipa Maidin berkata, polis wajar menyiasat pihak yang merompak wang rakyat bukannya penganjur perhimpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi, 14 Oktober lalu.
Beliau menyifatkan tindakan polis itu sebagai gambaran petanda negara edan atau gila dengan benihnya sudah berkembang menjadi pohon.
“Jelas negara ini, bagi sayalah, sudah menuju ke arah Negara Edan. Sebenarnya, benih edan dah mula berputik segar bila ada orang agama kata saman DoJ (Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat) itu campur tangan asing.
“Kini nampaknya benih edan itu sudah mula tumbuh menjadi pohon hijau yang rimbun. Mana taknya, patut polis sibuk siasat orang yang rompak duit rakyat,” tegasnya.
Dua hari selepas himpunan tersebut, polis telah memanggil ahli sekretariat, Lim Yi Wei untuk diambil keterangan di Balai Polis Petaling Jaya.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen DAP, Tony Pua itu disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Julai lalu dilapor berkata, rakyat Malaysia tidak boleh terpengaruh dengan sebarang campur tangan asing dalam isu 1MDB.
Mengulas lanjut, Hanipa menganggap polis tidak harus sibuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyayangi negara ini yang marah dan anti orang yang diibaratkan “ketagih” merompak atau melanun duit rakyat.
“Yang lebih lucu tapi ‘edan kelas pertama’ bila dilaporkan siasatan akan dijalankan dengan mendalam dan rapi,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Hanipa yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH menegaskan Ketua Polis Negara sepatutnya menyiasat skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terperinci.
“Kes perhimpunan paling mudah tuan IGP (Ketua Polis Negara). Yang perlu disiasat mendalam dan rapi adalah kes 1MDB, tuan IGP,” tambahnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Demikianlah Artikel ‘Benih edan tumbuh jadi pohon hijau yang rimbun’
Sekianlah artikel ‘Benih edan tumbuh jadi pohon hijau yang rimbun’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Benih edan tumbuh jadi pohon hijau yang rimbun’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/benih-edan-tumbuh-jadi-pohon-hijau-yang.html