Judul : Bir tanpa alkohol buat penampilan di Oktoberfest P Pinang
link : Bir tanpa alkohol buat penampilan di Oktoberfest P Pinang
Bir tanpa alkohol buat penampilan di Oktoberfest P Pinang
Oktoberfest Pulau Pinang ke-45 mendapat kebenaran pihak berkuasa. Orang ramai diingatkan pesta itu mengenai kebudayaan Jerman, bukan bir.
GEORGE TOWN: Persatuan Jerman akan menghidangkan bir tanpa alkohol bersama jenis bir lain sempena sambutan Oktoberfest ke-45 yang akan diadakan selama 2 hari di Pulau Pinang minggu depan.
Pengerusi Oktoberfest Persatuan Jerman-Malaysia (MGS) Dr Wolfgang Mark hidangan bebas tanpa alkohol dimasukkan dalam sambutan kali ini kerana kebimbangan terhadap pemanduan bawah pengaruh arak dan trend semasa di Jerman.
“Ramai orang minum dan memandu selepas acara Oktoberfest, dan kita buat keputusan untuk menghidangkan bir tanpa alkohol, supaya kita semua boleh bergembira dan tidak memandu dalam keadaan mabuk.
“Minuman seperti itu kini popular di Jerman dan rasanya sama seperti bir,” katanya pada sidang media mengumumkan sambutan Oktoberfest di Pulau Pinang tahun ini.
Dr Mark berkata acara tahun ini yang akan diadakan di laman MGS, Jalan Air Itam mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan polis.
Beliau berkata pihak persatuan menyedari sentimen semasa terhadap Oktoberfest, dan memberi jaminan keselamatan menjadi keutamaan mereka.
Beliau berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, semua peserta Oktoberfest akan menjalani pemeriksaan ketat di pintu masuk oleh 10 ahli MGS.
Selain itu, 15 anggota Rela ditugaskan untuk menjaga lalu lintas dan pengawasan, dan 5 anggota polis ditempatkan ditempatkan di lapangan.
Mark menjangkakan hampir 3,000 orang menghadiri sambutan pada 13-14 Oktober ini, memandangkan keberadaan syarikat-syarikat Jerman di wilayah utara Malaysia Barat.
Beliau berkata hampir 800 warga Jerman menetap di Pulau Pinang.
Oktoberfest meraikan budaya, bukan bir
Setiausaha kehormat MGS itu menjelaskan kekeliruan mengenai sambutan Oktoberfest, mengatakan perayaan itu bukan mengenai meminum bir tetapi “pesta keriangan”.
“Festival itu bukan mengenai bir semata-mata tetapi lebih mendalam. Oktoberfest ialah pesta menuai orang Bavaria, makanan dan budaya.
“Di Pulau Pinang, kami menyambut Oktoberfest sejak 45 tahun lalu. Di Jerman, kami sambut Oktoberfest sejak 210 tahun lalu.
“Saya tahu ada perbincangan mengenai perkara ini di seluruh negara, tetapi kami akan teruskan tradisi ini kerana menyedari sambutan ini mengenai memupuk muhibah antara rakyat Jerman dan Malaysia,” katanya.
Oktoberfest diraikan selama 16 hari di Munich, Jerman. Ia terkenal sebagai pesta terbesar di dunia, menghimpunkan hampir 10 juta orang setiap tahun.
Sejarah perayaan itu boleh dikesan sehingga 1800-an dan mula diadakan bersempena perkahwinan antara Raja Ludwig I dan Puteri Therese.
Perarakan pertama kali diadakan pada 1835, dan menjadi komponen utama sambutan Oktoberfest sejak 1850. Setiap tahun kira-kira 8,000 orang Bavaria berarak melalui kota Munich sambil memakai pakaian tradisi.
Di Pulau Pinang, Mark berkata tetamu akan dihidangkan dengan sosej, kobis masam, bantal daging dan pretzel. Sate, makanan laut goreng dan kek turut dihidangkan.
Manakala menu bir pula menampilkan bir klasik dari Jerman, Lowenbrau dan Erdinger. Bir botol Franziksaner, Wasteriner dan Konig Ludwig turut tersedia.
Mark berkata warga Jerman yang menetap di Pulau Pinang akan menghadiri sambutan itu menggayakan pakaian “dirndl” dan “lederhosn”.
Kumpulan muzik tradisional “oompah” juga dibawa dari Bavaria, dan hadirin dan menari tarian “schunklen”.
Duta Jerman ke Malaysia Nikolaus Graf Lambsdorff dijangka menghadiri sambutan Oktoberfest di Pulau Pinang pada 14 Oktober
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Bir tanpa alkohol buat penampilan di Oktoberfest P Pinang
Sekianlah artikel Bir tanpa alkohol buat penampilan di Oktoberfest P Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bir tanpa alkohol buat penampilan di Oktoberfest P Pinang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/bir-tanpa-alkohol-buat-penampilan-di.html