Judul : Datuk Bandar PJ nasihat Jamal jual ikan di pasar
link : Datuk Bandar PJ nasihat Jamal jual ikan di pasar
Datuk Bandar PJ nasihat Jamal jual ikan di pasar
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain menasihatkan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos agar menjual ikannya di pasar.
Menurut Mohd Azizi, ia berdasarkan faktor kesesuaian lokasi tambahan pula Padang Timur menjadi lokasi untuk Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi esok.
"Khususnya berkenaan ikan, ikan kena jual di pasar. Kalau misal kata di pasar malam, pasar malam pun kita bagi permit," katanya kepada Antarapos.
Beliau dalam pada itu berkata, sekiranya Jamal memohon permit untuk meniaga, pihaknya akan meneliti beberapa aspek terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan.
"Orang selalu meniaga ikan di mana? Di pasar, pasar pagi, pasar malam. Ini pula di padang, kebetulan pula ada penganjur nak buat himpunan. Kita lihat ia tak sesuailah. Tapi dia boleh memohon (permit), tak ada masalah. Cuma kita akan lihat kesesuaian," katanya.
Beliau juga memaklumkan setakat ini pemimpin Gerakan Baju Merah itu tidak lagi memohon permit kepada MBPJ.
MBPJ boleh halau Jamal
Ujar Mohd Azizi, pihak MBPJ boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Jamal ekoran kegagalannya menuruti prosedur dan peraturan, termasuk berdepan dengan tindakan dihalau dari lokasi.
Terdahulu Jamal yang dipetik Malaysiakini dalam reaksinya pada hari ini bertegas mahu meneruskan niatnya menjual ikan sewaktu himpunan anti-kleptokrasi tersebut esok.
Jamal malah mencabar datuk bandar itu untuk turun ke padang berkenaan, dan mahu 'menyiram' air ikan kepada beliau.
"Bagi saya setakat nak jual ikan, nak minta permit apa benda. Setakat nak jual ikan dua, tiga jam nak bagi orang ramai, berkhidmat pada orang ramai, tak perlulah (minta permit)," katanya dipetik daripada portal itu.
"Sebagai rakyat, kita memang terikat dengan undang-undang. Kalau misal kata berkenaan dengan perniagaan, kita kena dapat lesen, permit daripada pihak berkuasa tempatan. Dalam kes ini kena pohoh kepada MBPJ kerana nak buat di Padang Timur.
"Sebagai rakyat, peniaga, mohon lesen. Itu saja nasihat saya," katanya lagi.
Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptorasi’ anjuran pakatan Harapan (PH) merupakan kemuncak kepada siri jelajah gabungan itu di seluruh negara.
Perhimpunan yang dijangka bermula jam 4 petang hingga tengah malam, akan menampilkan penceramah daripada gabungan pembangkang, termasuk Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sungguhpun mendapat larangan pihak polis ekoran bakal mewujudkan masalah kesesakan lalu lintas, MBPJ memberi kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan padang itu sebagai lokasi.
Walau bagaimanapun, pihak MBPJ memberitahu akan menghantar pegawai penguatkuasanya untuk memantau dan menjaga keselamatan di lokasi sewaktu himpunan berlangsung.
Demikianlah Artikel Datuk Bandar PJ nasihat Jamal jual ikan di pasar
Sekianlah artikel Datuk Bandar PJ nasihat Jamal jual ikan di pasar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Datuk Bandar PJ nasihat Jamal jual ikan di pasar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/datuk-bandar-pj-nasihat-jamal-jual-ikan.html