Judul : Ini taktik jijik dan kotor - Dzulkifli
link : Ini taktik jijik dan kotor - Dzulkifli
Ini taktik jijik dan kotor - Dzulkifli
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menepis fitnah skandal sulitnya dengan seorang wanita berstatus isteri orang dengan menyifatkan ia sebagai perlakuan yang jijik dan kotor.
“Saya percaya usaha-usaha menerusi tohmahan serta fitnah yang dibuat ini berikutan tindakan agresif pihak SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.
“Serangan ini merupakan satu taktik jijik dan kotor serta cuba melemahkan usaha yang dilakukan oleh SPRM sejak kebelakangan ini,” katanya sebagai memetik laporan berita di Buletin Utama TV3 malam tadi.
Dzulkifli dikaitkan sebagai orang kanan SPRM yang didakwa mempunyai skandal sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Dzulkifli dalam pada itu menegaskan dirinya tidak sesekali tunduk dengan fitnah tersebut malah akan terus membersihkan negara dari segala gejala rasuah.
“Saya dan rakan-rakan dalam SPRM tidak sesekali gentar dengan ugutan seperti ini bahkan tindakan agresif akan terus dilakukan bagi memerangi rasuah,” jelasnya.
Dzulkifli juga memaklumkan perkara itu telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagi membolehkan sebarang tindakan dilakukan terhadap mereka yang melakukan fitnah tersebut di media sosial.
Mohamad Fuzi dalam sidang akhbar semalam memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Terdahulu Sin Chew Daily pada Sabtu lalu melaporkan, ada individu membuat laporan polis selepas menonton satu klip video di YouTube membabitkan pegawai kanan SPRM dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Pengadu mendakwa hubungan sulit itu menyebabkan rumah tangga wanita yang mempunyai dua anak itu musnah dan bercerai dengan suaminya pada 28 September lalu.
Demikianlah Artikel Ini taktik jijik dan kotor - Dzulkifli
Sekianlah artikel Ini taktik jijik dan kotor - Dzulkifli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ini taktik jijik dan kotor - Dzulkifli dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/ini-taktik-jijik-dan-kotor-dzulkifli.html