'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’

'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’ - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’
link : 'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’

Baca juga


'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’

 
Menahan sebak dan cuba sedaya upaya mengukir senyuman, ibu kepada seorang mangsa tahfiz berusia 11 tahun ini menceritakan saat dia mengecam mayat anaknya.


menangis-pusat-tahfiz-darul-quran-keramat


KUALA LUMPUR: Ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bulan lalu menceritakan bagaimana dia mengecam mayat anak lelaki tunggalnya berusia 11 tahun yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

“Ia melalui giginya yang berlapis,” katanya kepada FMT dalam satu temu bual di flatnya di Keramat.

“Masa mereka buat ujian DNA… saya nampak gigi dia, saya dah tahu memang dia, walaupun jasadnya agak teruk waktu itu.

“Semua ahli keluarga kami mempunyai gigi berlapis, tetapi gigi dia teruk sikit dan kami selalu ejek dia dulu,” katanya sambil menguntum sedikit senyuman menahan sebak.

Ketika ditemu bual FMT, 2 anak perempuan wanita itu bermain-main di belakangnya.

Beliau juga enggan membenarkan namanya diterbitkan dalam laporan berita.

Katanya, beliau menghantar anak lelakinya ke sekolah tahfiz kerana ia keinginan anaknya, selain beliau rasa ia lebih baik kerana terdapat kanak-kanak nakal di kawasan kejiranan mereka yang perlu dielak anaknya.

“Dia memberitahu kami, dia mahu ke sekolah tahfiz dan saya bersetuju. Dia belum berkhatan lagi, sepatutnya berkhatan sebelum berumur 12, tetapi sekarang…,” katanya berhenti sejenak, seolah-olah menarik nafas.

“Sekarang dia berada di tempat yang lebih baik.”

Apabila diberitahu yang dia tampak kuat menerima apa yang berlaku, wanita itu tersenyum dan berkata ibu bapa lain mengatakan perkara yang sama mengenainya.

“Dia mahu pergi ke sekolah tersebut dan saya merelakannya,” katanya menyambung kisah anaknya.
“Jadi saya rasa mudah bagi saya untuk menerima takdir.”

‘Setiap malam melihat tingkap’

Menurutnya, suaminya juga menerima tragedi itu, walaupun baru-baru ini dia pernah terbangun di tengah malam dan menangis.

“Ketika dia tidur pada malam itu, dia memberitahu, ‘saya mula merasakan kehilangannya’.

“Saya memberitahu dia supaya tidak bercakap begitu. Saya berkata kita ada 2 lagi anak yang lain. Tetapi tiap-tiap malam, dia pergi ke tingkap dan memanggil nama anak lelaki kami.”

Katanya, 2 anak perempuannya juga kadang-kala menyatakan kerinduan terhadap abang mereka.

“Saya memberitahu mereka supaya tidak bersedih kerana apabila mereka sedih, abang mereka lagi sedih di sana. Saya kata setiap kali mereka rindukannya, perkara terbaik untuk dilakukan adalah menyedekahkan Al-Fatihah.”


Demikianlah Artikel 'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’

Sekianlah artikel 'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Itu mayat anak saya, saya tahu giginya’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/itu-mayat-anak-saya-saya-tahu-giginya.html

Subscribe to receive free email updates: