Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam

Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam
link : Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam

Baca juga


Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam

SELANGOR KINI




SHAH ALAM : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui lemas dalam sebuah kolam di Taman Botani Negara Shah Alam di Seksyen U11, di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Imran Mohd. Fuat ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kolam kira-kira jam 12 tengah hari oleh orang ramai, lapor KOSMO!.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria berkata, berdasarkan laporan bapa mangsa, dia bersama ahli keluarganya pergi ke taman tersebut kira-kira jam 10 pagi bagi menghadiri program hari keluarga.

Katanya, kira-kira jam 11.55 pagi anak keenamnya itu secara sendirian telah ke kolam mandi tersebut.

“Ketika kejadian pengadu tiada di kolam terbabit kerana pergi ke tempat letak kereta untuk melihat motosikal skuter yang ingin disewa oleh seorang lagi anaknya.

“Bagaimanapun ketika berada di tempat letak kereta tersebut, dia telah diberitahu oleh rakannya bahawa anaknya (mangsa) ditemui tidak sedarkan diri dalam kolam mandi terbabit,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nek Zaidi berkata, menyedari keadaan mangsa, bapanya terus membawa anaknya ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital terbabit.

Jelas beliau, siasatan pihaknya mendapati ketika kejadian kolam mandi tersebut tidak ramai orang dan mangsa yang sebelum itu berada di kolam kanak-kanak telah pergi ke kolam dewasa melalui tangga kolam.

“Bapa mangsa juga tidak mahu pihak hospital melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa kerana mahu uruskan jenazah secepat mungkin dan mereka menerima sebab-sebab kematian adalah lemas,”jelasnya.

Nek Zaidi memberitahu, kes tersebut diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).



Demikianlah Artikel Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam

Sekianlah artikel Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak 5 tahun lemas di Taman Botani Shah Alam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/kanak-kanak-5-tahun-lemas-di-taman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :