Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis

Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis
link : Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis

Baca juga


Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis

THE MALAYSIAN TIMES
 


SEREMBAN: Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA Kebangsaan Ng Kian Nam melahirkan rasa kesal dengan ungkapan rasis yang disebutnya berhubung kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’ di Seremban 2.

Beliau berkata beliau telah mendapat penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif C Cut Management Services Sdn Bhd tersebut iaitu Muhammad Nasrullah Yahya semalam bahawa Hak Milik Bumiputera merujuk kepada pemilik salun itu merupakan bumiputera dan bukan bermaksud hanya pelanggan bumiputera sahaja yang dialu-alukan berkunjung ke situ.

“Perkara ini bermula apabila saya terima aduan daripada penduduk mengenai kain rentang yang digantung di kedai itu yang tertera Hak Milik Bumiputera yang telah mencetuskan salah faham.

“Polisi kedai itu sememangnya terbuka dan mesra kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan berdedikasi untuk menawarkan perkhidmatan terbaik dan profesional kepada semua pelanggan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kenyataan Ng tersebut menjadi tular di laman sosial Jumaat lepas.

Sementara itu Muhammad Nasrullah berkata kain rentang yang membawa salah faham berkenaan telah dipasang sejak salunnya di Seremban 2 mula beroperasi pada 2012 bahkan kain rentang sedemikian turut dipasang di lima lagi cawangannya iaitu di Ampangan, Panchor, Bandar Seri Sendayan, Enstek dan Rasah.

“Isu ini memang memberikan kesan kepada perniagaan saya kerana ia mengatakan bahawa kami rasis sedangkan kedai saya selama ini telah dikunjungi pelanggan dari pelbagai kaum. Kita tidak pernah menolak pelanggan dari kaum lain.

“Kita tidak mahu laga-lagakan mana-mana kaum kerana kita rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat majmuk,” katanya.

Bagimanapun beliau yang memulakan perniagaannya sejak 2010 berkata pihaknya tidak akan menurunkan kain rentang itu kerana ia bukan berunsur perkauman.– Bernama



Demikianlah Artikel Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis

Sekianlah artikel Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedai gunting ‘Hak Milik Bumiputera’: Kian Nam tarik balik ungkapan rasis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/kedai-gunting-hak-milik-bumiputera-kian.html

Subscribe to receive free email updates: