Judul : Kes rogol: Polis ambil keterangan semua atlet terjun
link : Kes rogol: Polis ambil keterangan semua atlet terjun
Kes rogol: Polis ambil keterangan semua atlet terjun
ANTARAOSIPOH: Susulan kes seorang jurulatih Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) yang disyaki merogol seorang atlet terjun, polis akan mengambil keterangan semua atlet acara berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata masih terlalu awal untuk mendedahkan sama ada terdapat atlet lain yang turut menjadi mangsa.
"Saya tidak boleh komen (lanjut) buat masa ini... sudah tentu (polis) akan mendapatkan keterangan daripada semua atlet. Ini prosedur biasa dalam siasatan dan saya tidak akan dedahkan berapa ramai (atlet) yang sudah diambil keterangan setakat ini," katanya dipetik Berita Harian.
Akhbar semalam mendedahkan seorang jurulatih ASUM berusia 35 tahun yang berasal dari China dan berstatus taraf penduduk tetap (PR), ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) susulan laporan oleh ibu bapa mangsa pada Ahad lalu.
Suspek ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) di Sri Petaling oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar jam 12.30 tengah hari.
Demikianlah Artikel Kes rogol: Polis ambil keterangan semua atlet terjun
Sekianlah artikel Kes rogol: Polis ambil keterangan semua atlet terjun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes rogol: Polis ambil keterangan semua atlet terjun dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/kes-rogol-polis-ambil-keterangan-semua.html