Judul : KPN pertikai desakan dedah maklumat ancaman pesta arak
link : KPN pertikai desakan dedah maklumat ancaman pesta arak
KPN pertikai desakan dedah maklumat ancaman pesta arak
ANTARAPOSPETALING JAYA: Polis sekali lagi menegaskan tindakan tidak membenarkan penganjuran Better Beer Fetsival 2017 adalah kerana ancaman, sekaligus tiada kena-mengena dengan sensitiviti agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu pihaknya menerima maklumat berkenaan perkara untuk mensabotaj pesta arak itu.
“Umum juga sedia maklum bahawa penganjuran festival yang sama pada tahun-tahun lalu tidak pernah disekat kerana tidak wujud maklumat mengenai ancaman sedemikian sebelum ini.
“Bantahan yang dibuat pada tahun ini tidak ada sangkut paut dengan sensitiviti keagamaan, perkauman ataupun desakan politik,” kata Fuzi dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Pesta arak itu sebelum ini gagal memohon permit dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan alasan larangan itu dilakukan kerana sensitiviti politik.
Fuzi dalam masa sama mempertikai beberapa pihak yang mendesak polis mendedahkan butiran lanjut di sebalik ancaman terhadap pesta arak itu.
“Keputusan yang diambil adalah perlu kerana kita semua harus faham bahawa memerangi ancaman militan bukanlah sesuatu yang mudah.
“Kuasa-kuasa besar dunia yang memiliki kecanggihan teknologi sekalipun gagal menyekat negara mereka dari terus menjadi sasaran militan.
“Apa yang jelas, tindakan pencegahan lebih berkesan dari membiarkan jiwa terkorban dahulu sebelum tindakan eksekutif diambil,” katanya.
Demikianlah Artikel KPN pertikai desakan dedah maklumat ancaman pesta arak
Sekianlah artikel KPN pertikai desakan dedah maklumat ancaman pesta arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPN pertikai desakan dedah maklumat ancaman pesta arak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/kpn-pertikai-desakan-dedah-maklumat.html