'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang'

'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang'
link : 'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang'

Baca juga


'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang'

MALAYSIAKINI


Pengurangan cukai pendapatan individu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 akan membolehkan rakyat mempunyai lebih wang dalam saku mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh mengambil perhatian bahawa dengan pengurangan kadar cukai sebanyak dua peratus bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 dan RM70,000 akan menjana pendapatan lebihan boleh guna untuk dibelanjakan isirumah berjumlah RM1.5 bilion, atau meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan rakyat antara RM300 sehingga RM1,000.

"Wang lebih itu akan menyumbang balik kepada ekonomi menerusi penggunaan. Dan akhirnya perniagaan juga akan memperoleh lebih banyak wang,” katanya dalam catatan di blog beliau.

Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Salleh, yang juga bendahari Umno berkata, fokus perdana menteri adalah tentang bagaimana untuk membantu golongan memerlukan dan pada masa yang sama memastikan akaun seimbang agar negara masih mampu menjana pendapatan mencukupi untuk memacu pembangunan.

“Kerajaan perlu seimbangkan di antara aliran masuk dan aliran keluar dan bukan mengurangkan aliran masuk dan meningkatkan aliran keluar,” katanya.

Salleh berkata Najib sedar bahawa bajet perlukan pertimbangan banyak faktor dan perancangan perlu turut mengambil kira keperluan jangka pendek dan jangka panjang, dan itulah yang terkandung dalam Bajet 2018.

Berhubung bajet alternatif dicadangkan pembangkang, beliau menegaskan dasar-dasar populis seperti menghapuskan cukai-cukai dan menawarkan semuanya secara percuma kepada rakyat adalah jelas tidak realisitik dan mampan.

"Hanya untuk mendapatkan sokongan dan menjadi popular sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan negara adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya.-Bernama




Demikianlah Artikel 'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang'

Sekianlah artikel 'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Lebih banyak wang dalam saku rakyat bila cukai dikurang' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/lebih-banyak-wang-dalam-saku-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates: