Judul : Letupan alat pemanas air punca dinding, siling hotel runtuh
link : Letupan alat pemanas air punca dinding, siling hotel runtuh
Letupan alat pemanas air punca dinding, siling hotel runtuh
ANTARAPOSPORT DICKSON: Letupan yang berlaku ditangki alat pemanas air menjadi punca kepada runtuhan bumbung, siling dan dinding sebuah bilik di Hotel Avillion Port Dickson di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan laporannya sudah diberikan kepada pengurusan hotel terbabit untuk tindakan lanjut.
"Tangki alat pemanas air yang terletak di bahagian atas siling bilik air di unit berkenaan meletup dipercayai disebabkan kerosakan teknikal, sekali gus menjadi punca runtuhan terbabit," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Dalam kejadian jam 4.15 pagi semalam, pasangan suami isteri masing-masing berusia 52 dan 51 tahun cedera ringan, manakala anak perempuan berusia 27 tahun tidak cedera apabila bumbung dan siling bilik di tingkat enam itu runtuh.
Selain itu, pintu dan tingkap kaca unit disewa keluarga itu juga pecah, manakala dua kereta di bawah blok terbabit mengalami kerosakan akibat dihempap serpihan runtuhan berkenaan.
Norazam berkata, bangunan terbabit, termasuk unit lain yang berada di tingkat yang sama dengan bilik yang terjejas, sudah disahkan selamat untuk diduduki.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan hotel itu, Robert Lee, berkata pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan menyeluruh sistem pemanas air hotel berkenaan dan mendapati semuanya berfungsi dengan baik.
"Blok bangunan menempatkan bilik yang terjejas itu bagaimanapun masih ditutup untuk kerja penyelenggaraan dan pembersihan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri kempen derma darah anjuran hotel berkenaan yang disertai hampir 200 orang dengan kebanyakan mereka adalah pegawai serta anggota tentera yang berpangkalan di Port Dickson.
Demikianlah Artikel Letupan alat pemanas air punca dinding, siling hotel runtuh
Sekianlah artikel Letupan alat pemanas air punca dinding, siling hotel runtuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Letupan alat pemanas air punca dinding, siling hotel runtuh dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/letupan-alat-pemanas-air-punca-dinding.html