Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun

Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun
link : Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun

Baca juga


Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun


Tengku Datuk Prof Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah

Ucapan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad digesa menarik balik kata-katanya pada himpunan anti kleptokrasi yang didakwa bersifat peribadi dengan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan merendahkan keturunan  Bugis di negara ini.

Penasihat Persatuan Melayu Bugis Selangor Daerah Sepang,Tengku Datuk Prof Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah berkata, Secara tidak langsung dakwanya bekas perdana menteri itu telah menjatuhkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tokoh negarawan.

“Tun Dr Mahathir perlu menarik balik kenyataan yang dibuat dan memperakui kesilapannya berhubung masyarakat bangsa Bugis.

“Sebagai mana yang diketahui umum, Dato’ Sri Najib Tun Razak merupakan penyandang gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang iaitu gelaran di antara satu daripada Orang Besar Berempat negeri Pahang, jawatan yang disandang secara turun temurun.

“Tun Mahathir apabila menyebut “DI MANA PERDANA MENTERI ADALAH SEORANG PEROMPAK”, itu adalah haknya dan boleh dianggap sebagai serangan peribadi ataupun mengkritik kepimpinan di bawah pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Razak.

“Namun bila sebutan “IALAH MUNGKIN KERANA DIA BERASAL DARI LANUN BUGIS, ENTAH MACAM MANA DIA SESAT SAMPAI KE MALAYSIA, PERGI BALIKLAH KE BUGIS, KAMI TAK NAK KAMU, KERANA KAMU ADALAH PENYANGAK DAN PENCURI” adalah satu penghinaan kepada bangsa Bugis itu sendiri,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru katanya lagi, penghinaan ini tidak boleh diterima sama sekali dan tidak boleh sama sekali mengaitkan kepimpinan itu atas faktor keturunan.

“Saya percaya Tun Mahathir Mohamad itu sendiri sedar, kalau tidak kerana kehadiran dan penglibatan Opu Bugis Lima Bersaudara yang Gagah Perkasa iaitu; Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Menambung dan Daeng Kemasi dalam kancah politik Melayu di Johor, Linggi (Negeri Sembilan), Selangor, Perak, Kedah (Semenanjung Tanah Melayu), Matan, Sambas Dan Mempawah (Kalimantan Barat) sekitar 1721 takkan wujub sebuah Empayar Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga.

“Contoh yang boleh dilihat mengenai sejarah bangsa Bugis iaitu Raja Lumu (Sultan Sallehuddin – Sultan Selangor pertama) putera kepada Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga (II) Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga yang merupakan dari benih Bangsawan Bugis yang telah berupaya membentuk sebuah Kesultanan Selangor yang Berdaulat, demikian jua Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga IV – Raja Haji Ibni Paduka Sri Raja Chelak yang terkorban dan gugur sebagai syuhada syahid Fi Sabilillah kerana melawan penjajah Belanda di Melaka.

“Almarhum-almarhum tersebut sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Raja Haji diperakui ketokohannya apakala dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional Indonesia oleh Presiden Republik Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos 1997,” ujarnya mengupas sejarah asal usul keturunan Bugis yang datang ke Tanah Melayu.

Prof Dr Jamaluddin juga menginatkan Dr Mahathir ujarnya, dalam masyarakat bangsa Bugis jika belayar, mengembara, berdagang dan merantau merupakan tradisi utuh dalam kehidupan mereka.

Sebaliknya ia telah dimanipulasi oleh penjajah Belanda dan Ingggeris terhadap orang Melayu bahawa orang Bugis adalah lanun yang melakukan jenayah di lautan.

“Sebagai suku bangsa yang terkenal dalam aktiviti pelayaran, pelaut Bugis telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad yang lalu.

“Selain itu, mereka juga cukup terkenal sebagai pahlawan yang berani sehinggakan digelar sebagai ‘Lanun’ yang digeruni oleh Belanda dan Inggeris.

“Bagaimanapun, persepsi segelintir masyarakat yang melabelkan orang Bugis sebagai lanun tercetus hasil daripada teknik propaganda Belanda dan Inggeris sedangkan ia tidak benar.

“Orang Belanda cukup anti dengan bangsa Bugis, sehingga menggelarkan bangsa Bugis sebagai lanun kerana mereka banyak terlibat dalam penentangan dengan penjajah dan merampas kembali hak, khazanah dan hasil negara yang hendak dibawa ke negara mereka. Namun kita sebagai bangsa Melayu perlu mengetahui mengapa dan sebab apa pihak menjajah melakukan propaganda tersebut.” terangnya.

Beliau turut mengingatkan ahli politik agar tidak sesekali membuat kenyataan yang melibatkan hal ehwal keturunan seandainya tidak mengetahui sejarah pembentukan Negeri-Negeri Melayu di gugusan Tanah Melayu.



Demikianlah Artikel Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun

Sekianlah artikel Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir digesa tarik balik ucapan bersifat peribadi, hina keturunan Bugis adalah lanun dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/mahathir-digesa-tarik-balik-ucapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :