Judul : Malaysia hantar 60 petugas ke hospital medan di Bangladesh bantu pelarian Rohingya
link : Malaysia hantar 60 petugas ke hospital medan di Bangladesh bantu pelarian Rohingya
Malaysia hantar 60 petugas ke hospital medan di Bangladesh bantu pelarian Rohingya
ANTARAPOSGOMBAK: Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam memaklumkan pihaknya akan menghantar 60 kakitangan ke hospital medan yang akan dibina oleh Malaysia di kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh.
Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves, hari ini.
“Tengoklah berapa lama mereka diperlukan. Kalau diperlukan lama, mungkin kita boleh hantar secara giliran,” katanya.
Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata, pembinaan hospital medan ini merupakan keputusan mesyuarat Kabinet untuk membantu pelarian berkenaan.
“Kementerian Kesihatan telah buat segala persiapan untuk pergi ke situ dengan kerjasama beberapa pihak daripada agensi lain, termasuk angkatan tentera, majlis keselamatan negara," ujarnya.
Pada Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Malaysia akan membina hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian Rohingya dalam tempoh sebulan, sebaik sahaja mendapat kelulusan kerajaan Bangladesh.
Sementara itu, Subramaniam ketika ditanya sambutan masyarakat India terhadap kerajaan dan Barisan Nasional (BN) memberitahu sokongan pada masa kini amat menggalakkan.
“Kerana kita telah secara langsung dan positif umumkan pelbagai jenis langkah untuk masyarakat India sebelum ini seperti pembangunan sekolah tamil, pembangunan ekonomi masyarakat India, bantuan dalam bidang pendidikan dan sebagainya," ujar Subramaniam.
Demikianlah Artikel Malaysia hantar 60 petugas ke hospital medan di Bangladesh bantu pelarian Rohingya
Sekianlah artikel Malaysia hantar 60 petugas ke hospital medan di Bangladesh bantu pelarian Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia hantar 60 petugas ke hospital medan di Bangladesh bantu pelarian Rohingya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/malaysia-hantar-60-petugas-ke-hospital.html