Judul : MT Umno desak Syed Saddiq kemuka bukti kepada SPRM
link : MT Umno desak Syed Saddiq kemuka bukti kepada SPRM
MT Umno desak Syed Saddiq kemuka bukti kepada SPRM
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Kemukakan bukti jika benar wujud langkah tersusun untuk merasuah pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didalangi 'individu' dari Putrajaya, bukan hanya cakap kosong.
Itu penegasan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Bung Mokhtar ketika mengulas dakwaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Malah beliau mendesak Syed Saddiq supaya membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Rakyat pun juga tertanya-tanya, kalau dia ada bukti bawalah ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan (SPRM) ke polis ke buat laporan. Dia cakap angin sahaja. Dia ingat politik ini macam pentas dia berdebat ke.
"Kalau ada individu itu, buatlah laporan polis. Jangan cakap kosong sahaja. Saya pun boleh cakap sesiapa. Tiada asas pun. Sebab itu saya cakap politik ini bukan macam berkhayal. Bukan macam dia berdebat suka hati dia. Politik ini banyak 'angle' banyak faktor yang perlu dibincang.
"Saya nak bagitahu Saddiq, politik ini bukan pentas berdebat semata-mata tetapi untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Semalam, Syed Saddiq dalam sidang medianya mendedahkan bahawa terdapat rangkaian merasuah yang sistematik digunakan bertujuan mempengaruhi pemimpin kanan parti bunga itu supaya keluar meninggalkan parti.
Selain mendakwa bahawa tiga pengasas PPBM yang keluar parti iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Osman juga menerima habuan berkenaan, Syed Saddiq mendakwa cubaan tersebut didalangi individu dari “Putrajaya”.
Katanya lagi, beliau juga ditawarkan RM5 juta untuk mengadakan sidang media mengumumkan beliau akan meninggalkan negara dan memburukkan parti dan pimpinannya.
Beliau mendakwa wang itu ditawarkan dengan syarat beliau 'menyerang' Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan seterusnya mengambarkan perjuangan parti itu bersifat peribadi semata-mata.
Syed Saddiq berkata beliau mempunyai bukti terhadap dakwaan itu dan bakal mengemukakannya kepada pucuk pimpinan PPBM dan pihak berkuasa.
Demikianlah Artikel MT Umno desak Syed Saddiq kemuka bukti kepada SPRM
Sekianlah artikel MT Umno desak Syed Saddiq kemuka bukti kepada SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MT Umno desak Syed Saddiq kemuka bukti kepada SPRM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/mt-umno-desak-syed-saddiq-kemuka-bukti.html