PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar

PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar
link : PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar

Baca juga


PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar






SHAH ALAM: PAS Pokok Sena memberitahu beberapa nama sudah dihantar kepada PAS Kedah untuk menggantikan penyandang kerusi Parlimen kawasan itu, Datuk Mahfuz Omar.

Yang Di-Pertua (YDP) PAS Pokok Sena Wan Romani Wan Salim kemudiannya memberi jaminan kesemua calon pilihan raya yang dikemukakan adalah mereka yang senang didamping dan diterima rakyat.

“(Calon) Dah ada, kita dah serah kepada perhubungan (PAS Kedah) yang kemudian serah kepada (PAS) pusat.

“Insya-Allah, sebab kita menang pun bukan atas tiket peribadi…menang atas parti,” katanya kepada Antarapos.

Bagaimanapun ADUN Bukit Pinang itu enggan mendedahkan jumlah nama yang dihantar kepada PAS negeri.

“Insya-Allah kita masih mampu mempertahankan kemenangan di kawasan Parlimen Pokok Sena,” katanya.

Kerusi Parlimen Pokok Sena kini disandang Mahfuz, yang sebelum ini secara terang-terangan menyatakan kesediannya menyokong kepimpinan Pakatan Harapan (PH), meskipun masih bersama PAS.

Mahfuz juga mengajak ahli PAS yang lain agar mencontohinya, memberi undi kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), biarpun tidak keluar parti.

Susulan itu, PAS mengumumkan Mahfuz tidak akan dicalonkan bagi mewakili PAS pada PRU14, selepas mewakili parti itu selama dua penggal.

Pada PRU13 (2013) beliau berjaya mempertahankan kerusi kerusi Parlimen Pokok Sena dengan 34,657 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahlan Ismail yang memperoleh 30,485 undi.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan PAS negeri menerima beberapa nama calon daripada PAS Pokok Sena untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Ramai (calon dikemukakan)… Keputusan akhir PAS Pusat akan tentukan.

“Tunggu masa PAS akan umum calonnya di Pokok sena,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bertegas, hanya parti yang terdesak akan menerima Mahfuz untuk meneruskan perjuangan politiknya.

“Saya tak mau layan dah Mahfuz…buang masa saja

“Dia dah tidak relevan bila tinggalkan PAS.

“Mungkin parti-parti terdesak macam Amanah atau PPBM boleh terima dia. Elok dia pergi sana,” katanya – AP



Demikianlah Artikel PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar

Sekianlah artikel PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Pokok Sena Serah Nama Calon Ganti Mahfuz Omar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/pas-pokok-sena-serah-nama-calon-ganti.html

Subscribe to receive free email updates: