Judul : Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Ditahan Polis….
link : Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Ditahan Polis….
Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Ditahan Polis….
Polis telah menahan Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin ( gambar-tengah) di luar Masjid Sembilang,Seberang jaya selepas solat Jumaat.
Ia dipercayai ada kaitan dengan satu kes hasutan yang melibatkan dirinta.
Penasihat Stratejik Ketua Menteri Pulau Pinang,Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini (semasa berita ditulis petang Jumaat) belum diketahui sebab sebenar Wan Ji ditahan.
Katanya Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah JUmaat di masjid itu.
Menurutnya Wan Ji dibawa ke Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Wan Ji yang juga Ketua Biro Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) pernah terlibat dalam kontroversi hina Sultan.
Pada awal September lalu beliau dilantik sebagai Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang – Agendadaily
PENAHAN USTAZ WAN JI WAN HUSIN
Kenyataan Media | 13 Oktober 2017
1. Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Husin sebentar tadi telah ditahan oleh pihak polis.
2. Ustaz Wan Ji hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya Pulau Pinang.
3. Sejurus selesai solat Jumaat sepasukan anggota polis telah menahan beliau.
4. Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau.
5. Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan.
Saifuddin Nasution Ismail
Penasihat Strategik
Ketua Menteri Pulau Pinang
Demikianlah Artikel Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Ditahan Polis….
Sekianlah artikel Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Ditahan Polis…. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai Penerangan Lim Guan Eng Ditahan Polis…. dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/pegawai-penerangan-lim-guan-eng-ditahan.html