Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak

Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak
link : Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak

Baca juga


Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas seorang pelajar tingkatan enam selepas mengaku bersalah mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Perak dalam laman sosial, enam hari lalu.
 
Majistret Siti Hafizah Jaafar turut memerintahkan pelajar lelaki sebuah sekolah di Muar, Johor, itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
 
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Twitter secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik iaitu 'Sultan Perak pun bodoh' di laman http://mobile.twitter.com/farhaleigh dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
 
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Baru Medan Ipoh di sini pada jam 10.30 malam pada 13 Oktober lalu.
 
Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
 
Menurut laporan BH Online, pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir.
 
Terdahulu, Siti Hafizah meminta tertuduh menyebut lima prinsip Rukun Negara di dalam mahkamah dan bertanya sama ada dia memahami prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu.
 
Beliau juga menjelaskan tindakan tertuduh itu menyalahi prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan serta ramai anggota masyarakat turut mengabaikannya sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan angkuh serta menghina orang lain.
 
"Berdasarkan pertuduhan, awak sepatutnya boleh dipenjarakan tetapi disebabkan usia yang masih muda, mahkamah cuba menghindarkan hukuman itu demi masa depan kamu.
 
"Bagaimanapun, hukuman setimpal perlu diberikan sebagai pengajaran," katanya.
 
Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak.




Demikianlah Artikel Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak

Sekianlah artikel Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 hina Sultan Perak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/pelajar-tingkatan-enam-didenda-rm5000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :