Judul : Pemuda Armada Serang Sidang Media Bekas Exco
link : Pemuda Armada Serang Sidang Media Bekas Exco
Pemuda Armada Serang Sidang Media Bekas Exco
LIHAT VIDEO DI SINI
DAN JUGA VIDEO DI SINI
Ketua Penerangan Armada Nasional, Ulya Husamuddin bertindak menyerang sidang media yang dikendalikan bekas exco sayap pemuda parti itu, Mohamad Taufik Abas.
“Kita lihat bagaimana gerakan dedak sistematik bergerak untuk melumpuhkan PPBM dan Armada itu sendiri sebagai sayap yang paling kuat dalam PPBM.
“Ini semua (sidang media) adalah daripada rangkaian dedak sistematik,”bidas Ulya.
Taufik menjawab kenyataan Ulya itu tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu sayap Armada adalah sayap haram yang tiada dalam perlembagaan PPBM.
“Mana ada pindaan..jika tiada mesyuarat agung ?. Pemuda (Armada seramai) lima juta mana bukti ? Saya cabar Syed Saddiq kemukakan bukti, “bidas Taufik
Menurutnya, semua kenyataan media yang dilakukannya sebelum ini mempunyai asas yang kukuh berbanding dengan Armada yang hanya menuduh tanpa bukti.
“Mereka (hanya tuduh) orang dedak..(ada ahli) lima juta..lepas tu lari..”katanya lagi.
Sebelum itu, Taufik telah meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menjalankan siasatan terhadap penubuhan sayap Armada yang didakwa tidak termaktub di dalam perlembagaan PPBM.
“Perkara ini terbongkar ketika saya membuat semakan rasmi di RoS untuk melihat semula perkara berkaitan pemecatan saya sebagai exco Armada. Tapi saya sangat terkejut apabila mendapati sebenarnya Armada itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan parti.
“Dalam perlembagaan Bersatu yang diluluskan RoS hanya ada Sayap Pemuda dan Srikandi sahaja, tidak ada Armada. Jadi ini juga bermakna pemecatan saya tidak wujud,” katanya.
Selain Taufik, sidang media itu turut dihadiri oleh dua bekas exco Armada iaitu Muhammad Syazwan Ahmad Zainal dan Wahazir Abd Wahabi.
Demikianlah Artikel Pemuda Armada Serang Sidang Media Bekas Exco
Sekianlah artikel Pemuda Armada Serang Sidang Media Bekas Exco kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemuda Armada Serang Sidang Media Bekas Exco dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/pemuda-armada-serang-sidang-media-bekas.html