Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi

Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi
link : Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi

Baca juga


Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi

 
Mohamad Fuzi Harun mencadangkan penganjur mengadakan himpunan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' di Stadium Kelana Jaya yang mempunyai kapasiti lebih besar kerana tidak kurang 4 laporan diterima polis.


fuzi

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan mengeluarkan permit kepada Pakatan Harapan untuk menganjurkan himpunan anti kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, pada Sabtu ini susulan bantahan penduduk setempat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebaliknya mencadangkan penganjur mengadakan himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Stadium Kelana Jaya yang mempunyai kapasiti lebih besar.

“Kita ada terima beberapa laporan polis daripada penduduk setempat, tidak kurang 4 laporan polis oleh warga sekitar kerana lalu lintas yang akan menyukarkan penduduk sekitar.

“…Stadium Kelana Jaya lebih tersusun, dia lebih mudah buat kawalan. Kita pun mudah buat kawalan, maklumlah perhimpunan yang berlaku sekarang apa-apapun boleh terjadi,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis hari ini.

Fuzi berkata, satu lagi alasan menolak permohonan permit itu kerana Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta.

“Perhimpunan itu saya dimaklumkan antara 20,000 orang akan hadir, kapasiti tempat itu tidak lebih daripada 10,000 orang.

“Jadi, bayangkanlah tempat yang sempit akan jadi limpahan kesesakan sebab tidak jauh daripada lebuh raya dan kita berpendapat, laluan masuk ada 3 yang terhad, kalau ini berlaku akan menyukarkan masyarakat sekeliling.”

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap penganjur jika mereka ingkar arahan polis.

“Terpulang kepada mereka, kita ada undang-undang APA (Akta Perhimpunan Aman) dan kita akan ambil tindakan selaras peruntukan undang-undang yang ada,” katanya sambil memaklumkan hasil risikan polis mendapati tiada sebarang ancaman keselamatan ke atas penganjuran himpunan terbabit, setakat ini.

Semalam, Timbalan presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, beliau yakin jumlah peserta yang menghadiri himpunan julung kali dianjurkan gabungan 4 parti pembangkang itu boleh mencapai sasaran 100,000 orang.

LIHAT VIDEO DI SINI

 


Demikianlah Artikel Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi

Sekianlah artikel Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk bantah, polis cadang himpunan anti-kleptokrasi tukar lokasi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/penduduk-bantah-polis-cadang-himpunan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :