Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis

Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis
link : Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis

Baca juga


Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyertaan dua lagi parti politik bersama PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) ke dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN) tidak mampu memberikan banyak perbezaan kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam mendepani pilihan raya umum nanti.
 
Penganalisis politik Azmi Hassan berpendapat, walaupun bersendirian, PAS dilihat masih mampu untuk menjadi 'king-maker' kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
 
Ujarnya, penyertaan dua parti itu ke dalam GAGASAN hanya menonjolkan PAS sebagai satu lagi parti dominan seperti yang ada di dalam BN dan PH.
 
"Bagi saya sama ada PAS itu bersendirian atau bergabung dengan tiga parti, ianya tidak akan memberi apa-apa perbezaan kerana PAS bersendirian juga mampu memberi tekanan kepada dua gabungan lain iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
 
"Kenapa PAS mahu menubuhkan gagasan atau gabungan parti dan tidak mahu bersendirian adalah untuk menunjukkan mereka (ADA) kuasa politik yang ketiga selepas Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan dia ada juga gabungan PAS," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) sebagai parti komponen baru gabungan Gagasan Sejahtera.
 
Terdahulu, PAS mengumumkan kerjasama politik bersama IKATAN dalam membentuk blok ketiga yang dikenali sebagai GAGASAN pada Mac tahun lalu.
 
Malah PAS turut menegaskan akan bertanding pada PRU nanti melalui GAGASAN. 
 
Mengulas lanjut, Azmi bagaimanapun berkata meskipun gabungan PCM, BERJASA dan IKATAN tidak mampu memberikan kesan yang besar dari segi politik, namun ketiga-tiga parti itu boleh membantu PAS dalam mendapatkan 'sokongan persepsi' daripada rakyat.
 
"Tiga parti ini dari segi sokongan politik, ia mungkin tiada, ada, tetapi tidak banyak sangat memberi kesan tapi dari segi sokongan persepsi ia memberi bantuan kepada PAS dan menunjukkan gabungan ini mempunyai tiga parti yang lain.
 
"Jadi sebab itu walaupun tiga parti kecil ini tidak memberikan manfaat dari segi undi politik, tetapi dari segi persepsinya ia mampu memberikan pandangan bahawa gabungan yang diketuai oleh PAS ini adalah cabaran yang perlu diberikan perhatian," ujarnya.
 
 


Demikianlah Artikel Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis

Sekianlah artikel Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyertaan PCM, BERJASA dan IKATAN tak beri banyak beza kepada PAS - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/penyertaan-pcm-berjasa-dan-ikatan-tak.html

Subscribe to receive free email updates: