Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000

Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000
link : Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000

Baca juga


Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000

MALAYSIAKINI

Polis meminta individu yang kehilangan dompet mengandungi wang kertas asing bernilai kira-kira RM12,666 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Imbi di sini pada 9 Okt lalu tampil menuntutnya di Balai Polis Tun HS Lee, di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata dompet tersebut yang mengandungi 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria ditemui oleh seorang pekerja pembersihan di bilik persalinan bayi di tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.

“Polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri di dalam dompet itu selain beberapa keping gambar dipercayai pemilik dompet," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pihak keselamatan pusat beli-belah tersebut, di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Sukri turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembersihan berkenaan atas kejujurannya menyerahkan dompet tersebut kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya tindakan sedemikan perlu dijadikan tauladan dan dicontohi oleh pihak lain agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan jujur.

Sementara itu, pekerja pembersihan berkenaan, Samona Marhama, 35, yang ditemui pemberita pada majlis tersebut menyatakan tindakannya menyerahkan dompet itu adalah atas rasa tanggungjawab dan amanah yang menurutnya perlu dimiliki setiap orang.

“Saya terjumpa dompet itu dan mengesyaki bahawa mungkin ada orang yang tertinggal, lalu tanpa berfikir panjang saya serahkan kepada pengurusan untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
-Bernama



Demikianlah Artikel Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000

Sekianlah artikel Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis cari individu hilang dompet berisi RM12,000 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/polis-cari-individu-hilang-dompet.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :