Judul : Polis kesan lelaki buat seks dengan anjing
link : Polis kesan lelaki buat seks dengan anjing
Polis kesan lelaki buat seks dengan anjing
ANTARAPOSTELUK INTAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mana didakwa melakukan seks luar tabii dengan seekor haiwan di hadapan kedai aksesori kereta di Jalan Changkat Jong, Rabu lalu.
Perbuatan itu dapat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi viral di laman sosial, memaparkan aksi lelaki itu mendukung anjing, duduk di depan pintu pagar kedai berkenaan dan melakukan perbuatan jijik terhadap anjing itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian.
"Bagaimanapun, polis akan cuba mengenalpasti dan mengesan lelaki dalam rakaman CCTV itu,” katanya.
Pemilik kedai aksesori kereta itu yang enggan namanya didedahkan berkata kejadian berkenaan berlaku pada hari Deepavali, kira-kira 8 pagi.
Menurutnya, dia tidak melihat kejadian itu kerana premisnya masih belum dibuka ketika ia berlaku.
“Namun apabila sampai dan saya periksa rakaman CCTV, barulah saya dapat saksikan kejadian itu.
"Saya difahamkan, lelaki itu adalah gelandangan, selalu berkeliaran di kawasan ini. Saya percaya anjing itu tidak bertuan,” katanya.
Dia berkata hanya berkongsi video dari CCTV itu kepada rakannya namun tidak menyangka ia kemudiannya menjadi viral.
Demikianlah Artikel Polis kesan lelaki buat seks dengan anjing
Sekianlah artikel Polis kesan lelaki buat seks dengan anjing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis kesan lelaki buat seks dengan anjing dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/polis-kesan-lelaki-buat-seks-dengan.html