Judul : Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap
link : Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap
Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap
Ini diikuti penangkapan 8 individu minggu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.
PETALING JAYA: Seorang remaja 18 tahun ditangkap awal minggu ini kerana membuat bom, lapor The Star.
Remaja itu salah seorang daripada beberapa orang yang ditangkap di Kelantan Rabu lalu kerana mempunyai kaitan pengganas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengesahkan tangkapan itu dan maklumat lanjut akan didedahkan dalam 3 hari.
Tangkapan itu diikuti penangkapan 8 individu minggu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.
Menurut polis, mereka terdiri daripada 4 warga Malaysia, 3 warga Filipina dan seorang warga Albania.
Salah seorang daripada warga Filipina itu dikatakan mempunyai status pemastautin tetap.
Pada 5 September, Fuzi mengumumkan tangkapan 19 lelaki disyaki mempunyai kaitan aktif dengan IS, yang mana sesetengahnya merancang melancarkan serangan pada majlis penutup Sukan SEA 2017 pada 30 Ogos dan juga pada sambutan Hari Merdeka ke-60 keesokannya.
Suspek termasuk 11 warga Bangladesh, Maldives, Iraq, Palestin, Indonesia dan Filipina. Beberapa daripada mereka pernah sertai rancangan pengganas dan pembunuhan, dan juga beberapa aktiviti kombat lain dengan IS dan sekutunya.
Pada 15 September, Fuzi mengumumkan penangkapan seorang lelaki disyaki menerima arahan daripada IS untuk lancarkan serangan ke atas orang bukan Islam dan tempat ibadah mereka di Malaysia.
Pada 21 September, 7 warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas ditangkap di Lembah Klang. Mereka dilaporkan bekerja sebaga pengawal keselamatan untuk syarikat swasta di Kuala Lumpur dan Selangor.
Demikianlah Artikel Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap
Sekianlah artikel Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja buat bom, berkait pengganas ditangkap dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/remaja-buat-bom-berkait-pengganas.html