Judul : Saya enggan lukakan hati ibu, kata Khalid
link : Saya enggan lukakan hati ibu, kata Khalid
Saya enggan lukakan hati ibu, kata Khalid
ANTARAPOSSHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata beliau tidak berhasrat untuk bertanding di kerusi Johor Bharu, kerusi yang kini disandang oleh Tan Sri Shahrir Samad yang juga abang beliau.
"Tidak, saya tidak mahu menentangnya (Shahrir). Ini hanya akan melukakan hati ibu saya,"kata Khalid yang dipetik The Star.
Terdahulu timbul ura-ura bahawa Khalid mungkin bertanding di Johor pada PRU14 selepas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan parti tidak menolak langkah itu dalam usaha memuktamadkan beliau bertanding di Johor.
Bagaimanapun Salahuddin berkata, Amanah perlu berunding dahulu dengan PH kerana kerusi Johor Bahru merupakan milik PKR.
Salahuddin juga turut tidak menolak Presidennya, Mohamad Sabu akan menjadi calon untuk bertanding di Shah Alam bagi menggantikan Khalid.
Bagaimanapun Khalid yang dihubungi Antarapos semalam berkata, keputusan sama ada beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Shah Alam dan buat julung kalinya bertanding di Johor dijangka dimuktamadkan hari ini.
Selain tidak menolak kenyataan Salahuddin Ayub, Khalid berkata perkara berkenaan merupakan salah satu percaturan Pakatan Harapan (PH) atas dasar memenangi sebanyak mungkin kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Demikianlah Artikel Saya enggan lukakan hati ibu, kata Khalid
Sekianlah artikel Saya enggan lukakan hati ibu, kata Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya enggan lukakan hati ibu, kata Khalid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/saya-enggan-lukakan-hati-ibu-kata-khalid.html