Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor

Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor
link : Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor

Baca juga


Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor

AKHBAR RAKYAT



PETALING JAYA: Walaupun dibidas Sultan Johor sebagai “angkuh” dan “tin kosong”, Zamihan Mat Zin kembali aktif dengan pelbagai muat naik di Facebook beliau, termasuk membantah penganjuran pesta arak di Johor, sambil diangkat sebagai “pejuang Islam” oleh penyokongnya.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dibebaskan Sabtu lepas selepas disiasat berhubung kritikannya terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memuat naik pelbagai mesej “perjuangan” selepas dibebaskan Sabtu lalu.

Zamihan, 41, yang mengetuai NGO beliau, Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), ditahan berhubung ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam pada 7 Oktober, yang menyelar Sultan Ibrahim kerana menghalang dasar sebuah kedai dobi di Muar, Johor untuk hanya berurusan dengan orang Islam.

Zamihan juga mengundang kecaman kerana menyifatkan orang bukan Islam tidak bersih sehinggakan pakaian mereka tidak boleh dicampur aduk dengan pakaian penganut Islam.

“Kita ini negara Islam, pemimpin Islam, raja Islam, sultan Islam. Semua sumpah, wallahi, wabillahi… nak buat dobi ‘for Muslims only’ pun tak boleh, kita kata jumud, kita kata Taliban,” kata Zamihan seperti dipetik rakan video ceramahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Selepas klip tersebut viral di Youtube, Zamihan menuduh beberapa media memutar belit ucapannya, walapun memohon ampun kepada Sultan Johor beberapa jam sebelum ditahan di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim membidas pegawai Jakim itu dan mengarahkan pihak berkuasa agama negeri tidak berurusan dengan Jakim.

“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” menurut ucapan Sultan Ibrahim di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat pada Sabtu.

“Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan JAINJ tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” tambahnya, merujuk Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Kenyataan keras Sultan Johor itu bagaimanapun tidak menghalang pelbagai muat naik di Facebook Zamihan, mengangkat penceramah agama yang terkenal dengan gayanya menghentam tokoh agama lain itu sebagai “pejuang akidah” yang difitnah.


  Bantah pesta arak Johor

Pada hari sama dibebaskan, Facebook Zamihan memuat naik sokongan terhadap usaha membantah sebuah pesta arak di Johor.

“Kita akan bersatu mempertahankan Islam. Inilah isu yang besar wajib kita tangani, selamat berjuang kepada pertubuhan Islam yang menegakkan kebenaran,” menurut kiriman yang didahului dengan perkataan “[Admin]”.

Ia merujuk laporan sebuah portal berita mengenai memorandum dikemukakan sebuah kumpulan dikenali Majlis Ayahanda Johor, membantah penganjuran pesta arak secara tertutup di sebuah hotel di Johor Bahru, hujung minggu lalu.

Ia menerima sokongan penyokong Zamihan yang meninggalkan pelbagai komen, termasuk beberapa kenyataan dilihat mempersoalkan pendirian Sultan Johor berhubung kedai dobi “mesra Islam”.
Mereka mempersoalkan mengapa layanan berbeza kepada pesta arak tesebut, yang sebelum ini dibantah PAS dan kumpulan Islam lain, dan dibatalkan permitnya oleh polis atas alasan keselamatan.
“Pesta arak takpe kerana utk perpaduan… dobi mesra Muslim tak bleh kerana boleh rosakkan perpaduan rakyat… kena fhm dan hadam elok-elok wahai umat Islam,” tulis pengguna Facebook Mohd Noor Bin Idris.

“Tin kosong takda arak. Tin tak kosong ada arak,” tulis seorang lagi, Subri Mohamad.

Selasa lalu, Majlis Raja-Raja mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim” sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

‘Cekal berjuang’

Sejurus selepas pembebasannya, muat naik pertama Zamihan melahirkan dukacita atas kematian seorang tokoh guru agama di Kelantan.

“Insyallah Ayahanda, ana (saya) tetap cekal menyambung delegasi perjuangan akidah ini!” tulisnya.
Ia disusuli dengan amaran Zamihan untuk melawan kumpulan berfahaman Ahmadiah, yang difatwakan sesat dan di luar ajaran Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Awas, akan dibanteras sehabisnya golongan liberal dan ‘kelompok’ yang sentiasa bersama mereka,” katanya, sambil memuat naik poster perhimpunan tahunan Jemaah Ahmadiah Muslim Malaysia, dan mengajak orang ramai “sebarkan bantahan” terhadap program tersebut.

Petang semalam, sasarannya dihalakan terhadap golongan LGBT, walaupun tidak menyebut secara khusus siapa dimaksudkannya.

“Umat Islam kena peka tentang keadaan isu semasa berkaitan ancaman budaya barat. Mari kita bersama memberikan kesedaran kepada umat Islam di Malaysia,” katanya dalam muat naik yang juga didahului perkataan “[Admin]”.



Demikianlah Artikel Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor

Sekianlah artikel Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas bebas, Zamihan diangkat sebagai ‘pejuang’, bantah pesta arak di Johor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/selepas-bebas-zamihan-diangkat-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :