Judul : Siapa kata himpunan kleptokrasi gagal?, soal Salahuddin
link : Siapa kata himpunan kleptokrasi gagal?, soal Salahuddin
Siapa kata himpunan kleptokrasi gagal?, soal Salahuddin
ANTARAPOSSHAH ALAM: Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub menolak kritikan-kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan 'Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai gagal.
Sebaliknya beliau berkata, himpunan berkenaan dianggap berjaya ekoran menyaksikan kehadiran masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama di Padang Timur.
“Siapa kata program ini gagal. Ramai yang datang jika dibandingkan dengan perhimpunan lain. Kami tidak berarak dan tiada masalah timbul (sepanjang perhimpunan).
“Kita juga berjaya himpunkan semua kaum, agama. Tidak seperti sesetengah perhimpunan yang hanya menghimpunkan satu kaum dan pengikut mereka sahaja,” kata Salahuddin dipetik Sinar Harian.
Beliau turut memberi alasan himpunan berkenaan gagal memenuhi sasaran 100,000 orang berikutan ramai orang pulang ke kampung kerana cuti sekolah sudah bermula.
“Cuma, himpunan semalam (kelmarin) tidak mencapai matlamat (kumpulkan 100,000 orang). Mungkin kerana tarikh perhimpunan jatuh pada musim cuti persekolahan dan perayaan Deepavali. Jadi ramai yang bercuti panjang,” kata Salahuddin.
Himpunan Antikleptokrasi melabuhkan tirainya dengan mengumumkan 25,000 yang hadir menyertainya, namun media melaporkan jumlah hadirin paling hanya sekitar kira-kira 10,000.
Bagaimana Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan.
Demikianlah Artikel Siapa kata himpunan kleptokrasi gagal?, soal Salahuddin
Sekianlah artikel Siapa kata himpunan kleptokrasi gagal?, soal Salahuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siapa kata himpunan kleptokrasi gagal?, soal Salahuddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/siapa-kata-himpunan-kleptokrasi-gagal.html